Tuesday, August 17, 2010

BAB 6: PERLEMBAGAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

BAB 6 : PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HE DI MALAYSIA

DEFINISI PERLEMBAGAAN
  • Satu set peraturan atau undang-undang tertinggi sesebuah negara
  • Mengandungi 15 Bab, 183 Perkara dan 13 Jadual
  • Menyentuh bidang kuasa perundangan, kehakiman dan eksekutif, aspek bahasa, agama, kewarganegaraan, hak istimewa dan sebagainya
KEPENTINGAN
  1. Menjamin kestabilan politik serta sistem pemerintahan negara yang cekap dan adil
  2. Mewujudkan suatu rangka politik, ekonomi dan sosial yang dapat memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara
  3. Melindungi kepentingan semua kumpulan etnik
PEMUAFAKATAN (Konsep Pakatan Murni /Quid Pro Quo/ Kontrak Sosial)
  • Maksud : Persetujuan atau pemuafakatan politik dan tolak ansur antara pemimpin kaum di Tanah Melayu dalam mewujudkan kandungan perlembagaan
  • "Pakatan Murni"/Qiud Pro Quo (equal exchange) / Kontrak Sosial dibentuk dalam aspek menghormati hak dan kepentingan kaum dalam Perlembagaan Persekutuan.
  • Hasil Pemuafakatan (konsep 4+1): asas kandungan perlembagaan. 4 unsur tradisi +1 hak-hak bukan bumiputra
  1. Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara
  2. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
  3. Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan
  4. Kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera
+
  1. Masyarakat bukan Melayu mendapat keistimewaan sebagai warganegara. Layanan yang sama dengan masyarakat tempatan.
SEJARAH PENGGUBALAN

Perlembagaan Malayan Union (MU) 1946

  • Ditentang orang Melayu kerana mencabar kuasa Sultan dan hak Melayu serta menjadi T. Melayu tanah jajahan mahkota
  • MU terbatal
  • Orang Melayu menubuhkan UMNO. Kemudian PTM 1948 ditubuhkan dengan kerjasama British
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948

  • British mengisytiharkan PTM pada 1 Feb 1948
  • Kerjasama antara orang Melayu dan bukan Melayu semakin kuat.
  • Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum/ JHAK, terdiri daripada pelbagai etnik: Menyelesaikan masalah perlembagaan, politik dan ekonomi yang wujud akibat permintaan yang berlainan daripada pelbagai etnik. Berjaya memupuk persefahaman
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

  • Digubal oleh Suruhanjaya Reid.
  1. Lord Reid (Britain)
  2. Sir Ivor Jennings (Britain)
  3. Sir William McKell (Australia)
  4. B. Malik (India)
  5. Hakim Abdul Hamid (Pakistan)
  • Suruhanjaya Reid membuat tinjauan cadangan daripada parti-parti politik, orang ramai, kesatuan sekerja, individu-individu dan Raja-Raja Melayu.
  • Menerima 131 memorandum bertulis
  • Memorandum Parti Perikatan - "Pakatan Murni" hasil rundingan dan tolak ansur UMNO, MCA dan MIC. Meliputi 2 perkara penting iaitu:
    1. Mengekalkan 4 unsur tradisi dalam perlembagaan (Bahasa Melayu, Agama Islam, Institusi Beraja dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera)
    2. Hak untuk menjadi warganegara bagi kaum bukan Melayu berasaskan prinsip jus soli
  • Pakatan Murni juga dikenali "Kontrak Sosial": Kaum Melayu menerima kerakyatan bukan Melayu dan bukan Melayu bersetuju dengan hak istimewa Melayu dan Bumiputera
  • Mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial
Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963

  • PPTM 1957 telah diperbaharui apabila Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia pada 16 September 1963.
  • PPTM 1957 dijadikan asas kepada penggubalan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
  • Persetujuan yang telah disepakati antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
  • Perkara Dua Puluh. 20 tuntutan Sabah dan Sarawak yang bersetuju untuk menyertai Malaysia( imigresen, bahasa, kewangan dan hak istimewa Bumiputera Sabah Sarawak)
UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN
  • Merupakan "kontrak sosial" yang telah dipersetujui bersama semasa penggubalan perlembagaan.
  • Meliputi bahasa, agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak serta pemerintahan beraja
  • Dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang dalam perbincangan awam.
Perkara 152 : BAHASA KEBANGSAAN
  • Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka.
  • Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan, mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.
Perkara 3 : AGAMA RASMI
  • Agama Islam agama rasmi persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan
  • Setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan setiap agama mempunyai hak untuk:
  1. Menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri.
  2. Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat.
  3. Memperolehi dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang.
Perkara 153 : KEDUDUKAN ISTIMEWA
  • Kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak
  • Tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain.
  • Meliputi perkara-perkara seperti:
  1. Jawatan dalam perkhidmatan awam (PERKHIDMATAN AWAM)
  2. Pemberian biasiswa dan bantuan (PENDIDIKAN)
  3. Kemudahan pendidikan (PENDIDIKAN)
  4. Lesen untuk perniagaan dan perdagangan (EKONOMI)
  • TAKRIF MELAYU dalam Perkara 160:
  1. Lazimnya bertutur dalam Bahasa Melayu.
  2. Menganut agama Islam.
  3. Mengamalkan adat istiadat Melayu.
Pemerintahan Beraja
  • Telah lama diamalkan dalam masyarakat Melayu sejak zaman Melayu Melaka.
  • Zaman British, Adat dan Agama Islam dikhususkan di bawah penjagaan Raja.
  • Malayan Union mendapat tentangan Melayu kerana Raja kehilangan kuasa, dan diselamatkan oleh PTM 1948.
  • Selepas mencapai kemerdekaan, institusi beraja terus dikekalkan di bawah konsep Raja Berperlembagaan.
  • Konsep Raja Berperlembagaan: raja-raja bertindak mengikut lunas-lunas perlembagaan yang telah ditetapkan
KERASIONALAN

Rasional Perkara 153

  • Semasa penggubalan Perlembagaan, telah wujud semangat persefahaman, akomodatif, berkongsi kuasa dan sedia berkorban di kalangan orang Melayu dan bukan Melayu.
  • Dikenali sebagai "Kontrak Sosial".
  • Kaum Melayu melonggarkan syarat kerakyatan bagi bukan Melayu manakala kaum bukan Melayu menerima hakikat kedudukan istimewa hak orang Melayu.
Rasional Perkara 152
  • Bahasa kebangsaan penting sebagai wadah komunikasi atau bahasa pertuturan umum dan bahasa rasmi negara bagi menyatupadukan rakyat pelbagai kaum.
  • Hasil pemuafakatan perlembagaan, bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan.
  • Namun, penggunaan bahasa ibunda kaum lain tidak terjejas.
  • Rasional pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah kerana bahasa Melayu menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad-abad lamanya.
  • Zaman penjajah telah dijadikan bahasa rasmi. Pegawai Eropah perlu belajar dan lulus bahasa Melayu
Rasional Perkara 3
  • Islam dipilih sebagai agama rasmi kerana telah bertapak lebih 600 tahun lampau
  • Banyak mempengaruhi cara hidup dan pemikiran orang Melayu sehingga sekarang berbanding dengan agama lain.
  • Semasa penjajahan British, kedudukan agama Islam tidak diganggu dan diserahkan urusannya kepada Raja-Raja Melayu.
  • Perlembagaan Malayan Union dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 turut mengecualikan perkara ini
  • Islam sesuai dengan takrif “Melayu” seperti yang terdapat dalam Perkara 160.

No comments:

Post a Comment