Thursday, November 18, 2010

Friday, November 12, 2010

Monday, August 23, 2010

BAB 9: USAHA KE ARAH MASYARAKAT BERINTEGRASI

BAB 9 : HUBUNGAN ETNIK: USAHA KE ARAH MASYARAKAT BERINTEGRASI

PERANAN KERAJAAN

1. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)
  1. Politik persefahaman
  2. Ekonomi stabil
  3. Pendidikan perpaduan
  4. Bahasa Kebangsaan
  5. Agama
  6. Kebudayaan kebangsaan
  7. Integrasi Wilayah
  8. Keselamatan
  9. Pembangunan kawasan
  10. Tenaga manusia
  11. Media Massa
  12. Kesukanan
  13. Pemasyarakatan & Perpaduan
  14. Pertubuhan Sukarela
  15. Penyelidikan & Penerbitan Bahan Bacaan
  16. Pemantauan isu-isu semasa dan konflik
  17. Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) & J/kuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN)
  18. Program & aktiviti perpaduan
2. Memperkasa Sekolah Kebangsaan
  • Menerap semangat perpaduan pelajar pelbagai etnik, bekerjasama, patriotik & berakomodatif tinggi.
  • Setiap ibu bapa diberi kebebasan menghantar anak ke sekolah kebangsaan. Tiada halangan jika mereka memilih sekolah jenis kebangsaan.
  • Target : 100% guru sekolah menengah dan 25% guru sekolah rendah berijazah menjelang 2010.
  • Langkah2 di sekolah & IPT :
  1. Perkenalkan pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil
  2. Kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan interaksi antara etnik
  3. Lebih banyak aktiviti antara etnik
  4. Program interaksi antara sekolah dan memasukkan unsur-unsur interaksi etnik ke dalam kurikulum. Meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan etnik lain.
3. Sekolah Wawasan
  • MAKSUD: Gabungan 2 atau 3 jenis sekolah rendah baharu, berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran dalam kawasan yang sama, berkongsi kemudahan (padang permainan, dewan dan sebagainya)
  • Persekitaran & peluang yang luas kepada pelajar pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi dalam pelbagai aktiviti.
  • TUJUAN:
  1. Mewujudkan perpaduan pelajar pelbagai bangsa.
  2. Memupuk semangat integrasi pelajar pelbagai aliran.
  3. Melahirkan generasi yang bertolenrasi dan persefahaman yg tinggi
  4. Perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti lain.
4. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
  • Mula 2004. Kursus 3 bulan. Berkhemah &berasrama. Remaja lepasan SPM
  • Berteraskan Rukun Negara. Kurikulum multidisiplin merangkumi empat modul
  • Memupuk perpaduan kaum. Aktiviti semangat muhibah dan bertolak ansur
  • TUJUAN:
  1. patriotisme
  2. perpaduan & integrasi nasional
  3. perwatakan positif
  4. kesukarelaan
  5. cergas, cerdas, yakin
  • MODUL2:
  1. Fizikal : Aktiviti kawad, merempuh halangan, merentas desa, kembara hutan.
  2. Kenegaraan : Pengetahuan tentang pembinaan negara.
  3. Pembinaan Karakter : Penerokaan diri sendiri dan hubungan interpersonal.
  4. Khidmat Komuniti : Melibatkan aktiviti gotong royong seperti membersihkan, mengindahkan dan menceriakan kawasan sekitar.
PERANAN MASYARAKAT

1. Rukun Tetangga
  • 1975: Awal penubuhan: keselamatan di kawasan kediaman masing-masing.
  • 1983: Konsep kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat.
  • 2000: pendekatan Pembangunan masyarakat secara menyeluruh ke arah perpaduan
  • OBJEKTIF = Mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional selaras dengan dasar-dasar pembangunan berlandaskan Perlembagaan dan Rukun Negara.
  • AKTIVITI-AKTIVITI RUKUN TETANGGA
    1. Sosial – kunjung mengunjungi semasa musim perayaan
    2. Pendidikan – pendidikan tidak formal, kursus motivasi,kursus kepimpinan, ceramah dan sebagainya.
    3. Sukan – sukaneka, larian, permainan bola sepak, bola jaring, sukan tradisional dan lain-lain.
    4. Rekreasi – tai chi, ekspedisi mendaki bukit, kembara, berkhemah dan sebagainya.
    5. Kesihatan dan alam sekitar – ceramah kesihatan, antidadah, AIDS, kanser, kempen kebersihan
    6. Kebajikan – lawatan ke rumah warga tua, anak yatim, sumbangan kepada orang miskin, kerja-kerja amal, membantu mangsa banjir dan mangsa bencana alam.
    7. Agama – ceramah keagamaan dan forum.
    8. Kesenian dan Kebudayaan – kelas-kelas seni tari, kraf tangan, permainan tradisional, gamelan, kompang, tarian singa dan lain-lain.
    9. Ekonomi – aktiviti tanaman hidroponik, menternak ikan air tawar dan sebagainya.
    10. Keselamatan – rondaan sukarela, mengesan dan melapor isu-isu perhubungan kaum dan menjadi perantara dalam penyelesaian konflik
2. Rumah Terbuka
  • Musim perayaan. Setiap etnik akan kunjung mengunjungi rumah jiran berlainan etnik.
  • TUJUAN: Keharmonian hubungan etnik terjalin kukuh, mengambil berat, memahami serta menghormati budaya masing-masing.
  • Contoh: Aidilfitri: etnik Cina, India dan lain2 akan mengunjungi rumah orang Melayu dan begitulah sebaliknya. Etnik Melayu tidak menyajikan daging lembu kepada etnik India apabila mereka datang ke rumah semasa Aidilfitri.
  • Tahun Baru Cina: Etnik Cina menyediakan makanan yang halal kepada etnik Melayu apabila menjemput mereka ke rumah
3. Penerimaan Budaya
  • Masyarakat bukan Melayu mula menerima budaya orang Melayu dari segi pakaian dan makanan.
  • Orang bukan Melayu menggayakan baju kurung dan baju Melayu terutamanya pada hari Jumaat
  • Orang Melayu mula menerima masakan Cina dan India serta pemberian duit raya menggunakan sampul atau angpau yang terkenal dalam masyarakat Cina.
  • Taman-taman perumahan – terdapatnya penempatan yang sama untuk semua etnik.
4. Program IPT
  • Bahagian Hal Ehwal Pelajar - Galakan aktiviti ke arah perpaduan kaum
  • Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) - kepimpinan pelajar tidak harus didominasi sesuatu kaum sahaja tetapi turut dianggotai oleh pelbagai kaum yang lain.
  • Kurikulum:
  1. Kandungan kursus- menitikberatkan pendidikan harmonis, nilai rohani dan budaya bersama yang menyatupadukan generasi muda.
  2. Keutamaan subjek - Kenegaraan, Tamadun Islam & Asia, Hubungan Etnik.
  • Kokurikulum: sukan, persatuan, keluarga angkat, ceramah, unit beruniform.
  1. Kelab Perpaduan atau Kelab Rukun Negara
  2. Aktiviti Pesta Tanglung bukan sahaja mahasiswa Cina dan India tetapi turut disertai mahasiswa Melayu.
  • Kerjasama pihak kerajaan dan sektor swasta.
  • Pensyarah - Diterap dan didedahkan dengan sikap perpaduan antara kaum yang positif. Pendedahan kepada kursus sosiologi perhubungan kaum atau hubungan etnik untuk menerapkan nilai-nilai keharmonian dalam kalangan pelajar
PERANAN SWASTA / NGO
  • Pertubuhan pelbagai kaum :
  1. Pertubuhan Belia Malaysia
  2. Persatuan Belia Tamil
  3. Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
  4. Dewan Perniagaan Cina Malaysia
  5. Dewan Perniagaan India Malaysia
  • Peranan Sains dan Teknologi : Pembangunan meningkat, menarik ramai pelabur dari dalam dan luar negara, wujud Peluang pekerjaan. Kesan: taraf hidup meningkat, jurang ekonomi diseimbangkan, keharmonian

Wednesday, August 18, 2010

BAB 8: AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

BAB 8 : AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

AGAMA-AGAMA DI MALAYSIA

1. AGAMA ISLAM
  • MAKSUD:Agama wahyu daripada Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W yang dipilih sebagai manusia yang sangat istimewa untuk disampaikan kepada seluruh manusia.
  • Islam dari perkataan Arab ‘salima’ maksud aman, tulen, penyerahan, iaitu: Penyerahan kepada Tuhan dan ketaatan kepada undang-undang (syariat Islam).
  • Diturunkan di Mekah. Tersebar ke seluruh dunia termasuk Alam Melayu.
  • Kedatangan Islam ke Alam Melayu - Di Pasai-Perlak abad ke9M
  • Kedatangan Islam ke Malaysia - Awal kurun ke14 (1309M) di Terengganu
  • Agama majoriti penduduk Malaysia. 1957- Agama rasmi
  • Sumber rujukan:
  1. Al-Quran - 100% kata-kata Allah dalam bentuk ajaran dan arahan yang terpelihara keasliannya. Dikumpul dan dibukukan. (sumber utama)
  2. Hadis - Segala aktiviti Nabi Muhammad (juga dikenali sbg Sunnah) berkaitan pengajaran dan penyebaran ajaran dan arahan Islam, dikumpul dan dibukukan sebagai Hadis. (sumber kedua)
  • Bentuk ajaran: konseptual & praktikal
  1. Konseptual : Umat Islam wajib beriman dan percaya kepada ajaran dan perintah Islam.
  2. Praktikal : Dimanifestasikan melalui amalan harian (sembahyang, puasa, zakat dan sebagainya)
  • Kepercayaan:
6 RUKUN IMAN
  1. Beriman kepada Allah
  2. Beriman kepada Rasul
  3. Beriman kepada kitab-kitab Allah
  4. Beriman kepada Malaikat
  5. Beriman kepada Hari Kiamat
  6. Beriman kepada Qada’ dan Qadar
5 RUKUN ISLAM
  1. Mengucap dua kalimah syahadah : "Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”
  2. Menunaikan sembahyang lima waktu sehari semalam
  3. Menunaikan zakat
  4. Menunaikan puasa di bulan Ramadhan
  5. Menunaikan haji di Mekah
2. AGAMA BUDDHA
  • Maksud: Buddha dalam Sanskrit : "Yang bebas daripada kejahilan".
  • Pengasas : Siddharta Gautama Buddha. Dilahirkan di Nepal
  • Antara kepercayaan yang terawal bertapak di Alam Melayu
  • Di Malaysia: kepercayaan utama masyarakat Cina.
  • Ajaran – Empat Kebenaran Mulia & Jalan Mulia Lapan Lapis.
  • Menekankan nilai-nilai murni dalam Jalan 8 Lapis.
  • Mementingkan belas kasihan, kehidupan yang baik & keamanan semua
4 Kebenaran Mulia
  1. Penderitaan / kesengsaraan hidup adalah lumrah alam.
  2. Penderitaan berpunca daripada nafsu untuk memperoleh kekayaan dan keseronokan
  3. Bagi mengelakkan penderitaan, seseorang itu harus mengatasi nafsunya
  4. Bagi mengatasi nafsu, seseorang itu harus mengikuti Jalan Mulia 8 Lapis. Merangkumi pandangan yang betul, niat yang betul, pertuturan yang betul, tindakan yang betul, punca pencarian yang betul, usaha yang betul, tumpuan yang betul dan pertimbangan yang betul.
  5. Sekiranya peraturan-peraturan di atas dipatuhi, manusia dapat melepaskan diri daripada pengabdian kelahiran semula
  • Matlamat : Nirwana (ketenangan roh atau kebahagiaan yang abadi).
3. AGAMA HINDU
  • Maksud : bahasa Sanskrit : Sanatana Dharma : undang-undang abadi.
  • Bertapak di India sejak kira-kira 3500 SM.
  • Bertapak di Alam Melayu sejak abad pertama masihi. Pengaruhnya sangat kuat di dunia Timur. Penyebab kebangkitan kerajaan awal di Asia Tenggara.
  • 4 kitab: Rig veda, Sama Veda, Yajur Veda dan Atharva Veda.
  • Karya : Upanishad, Bhagavad Gita.
  • Dewa Trimurthi:
  1. Brahma (Dewa Pencipta)
  2. Vishnu (Dewa Pelindung)
  3. Siva (Dewa Pemusnah)
Konsep utama ajaran Hindu
  • Dharma : tugas dan tanggungjawab setiap insan
  • Samsara : putaran berulang kelahiran, kehidupan, kematian dan kelahiran semula
  • Karma : perbuatan atau kelakuan seseorang semasa hidup yang akan menentukan kehidupannya di akhirat
  • Matlamat : Mokhsa / mencapai kesempurnaan
  • Empat jalan kesempurnaan :
  1. Raja Yoga (melalui tafakur mengenai Tuhan)
  2. Jnana Yoga (ilmu suci mengenai kebenaran alam)
  3. Bhakti Yoga (melalui rasa cinta kasih pada Tuhan)
  4. Karma Yoga (melalui perlakuan sempurna)
4. AGAMA KRISTIAN
  • Hadir ke Alam Melayu bersama-sama dengan kedatangan Barat ke rantau ini.
  • Pengasas : Jesus Christ.
  • Kitab : Bible. Dibahagikan kepada dua bahagian: Old Testament dan New Testament.
  • Ajaran : Ten Commandments dan sifat serta perilaku Jesus Christ
  • 4 prinsip ajaran:
  1. Terdapat satu Tuhan pencipta seluruh alam
  2. Konsep trinity : tuhan bapa, tuhan anak dan tuhan Holy spirit
  3. Amalan Jesus hendaklah sentiasa diikuti. Mencintai Tuhan serta melayan semua orang secara adil dan hidup secara aman damai
  4. Setiap orang akan diadili oleh tuhan berasaskan tingkah lakunya di dunia. Dua rukun utama:
  • Cintailah Tuhan dengan seluruh jiwa ragamu
  • Cintailah jiranmu seperti kamu mencintai diri sendiri “Love thy neighbor as thyself”
PENDEKATAN ISLAM HADHARI

  • MAKSUD: Asal perkataan Hadharah : keseimbangan kemajuan material & spiritual.
  • Hadhari : Yang bertamadun
  • Islam Hadhari : Islam yang mempunyai sifat-sifat kemajuan ketamadunan tinggi yang menekankan aspek fizikal & spiritual.
  • PENDEKATAN: Menjelaskan kepada masyarakat tentang kesempurnaan Islam. Menitikberatkan HE
  • TUJUAN: Pembinaan peradaban / kemajuan manusia – melahirkan individu/masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan rohani, akhlak, intelektual, material, berdikari, berdaya saing, inovatif, berintegriti, membenci rasuah dan cekap mentadbir
  • 10 PRINSIP ISLAM HADHARI
  1. Keimanan & ketaqwaan kepada Allah
  2. Kerajaan adil & amanah
  3. Rakyat berjiwa merdeka
  4. Penguasaan ilmu pengetahuan
  5. Pembangunan ekonomi seimbang & komprehensif
  6. Kehidupan berkualiti
  7. Pembelaan hak minoriti & wanita
  8. Keutuhan budaya & moral
  9. Pemeliharaan alam semula jadi
  10. Kekuatan pertahanan & perpaduan

ASAS-ASAS HUBUNGAN ETNIK DALAM AGAMA
  1. Berkenal-kenalan
  2. Persefahaman
  3. Bekerjasama
  4. Persaudaraan
  5. Berkasih sayang
  6. Saling menjamin
BAB 7 : HUBUNGAN ETNIK INTEGRASI DAN MENANGANI CABARAN

DASAR & PELAN PERPADUAN


1. Rukun Negara
  • Diperkenal 31 Ogos 1970
  • Bertujuan untuk membentuk jati diri rakyat Malaysia
  • Prinsip-prinsip:
  1. Kepercayaan kepada Tuhan : Manusia yang beragama dan mempunyai sistem kepercayaan, berakhlak mulia, jujur dan bantu-membantu. Islam agama rasmi tetapi agama lain turut diberi kebebasan
  2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara : Lambang kedaulatan dan perpaduan negara.
    Kedudukan raja-raja telah termaktub dalam perlembagaan.
  3. Keluhuran Perlembagaan : Menghormati dan mematuhi perlembagaan. Melindungi hak rakyat serta menjamin kemakmuran dan perpaduan.
  4. Kedaulatan Undang-undang: Keadilan dalam masyarakat dijamin. Rakyat tidak mengira kaum/agama adalah sama di sisi undang-undang. Rakyat harus menghormati dan mematuhi undang-undang.
  5. Kesopanan dan Kesusilaan: Mempunyai akhlak yang mulia, saling menghormati antara satu sama lain, jujur, amanah, taat dan bekerjasama.
    Semangat kekitaan, harmoni dan keamanan negara
2. Dasar-dasar Pembangunan Negara
  • DASAR EKONOMI BARU (1971-1990)
  • DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (1991-2000)
  • DASAR PEMBANGUNAN WAWASAN (2001-2010)
  • DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
3. Perspektif Wawasan 2020
  • Matlamat : Malaysia maju menjelang 2020. Pembangunan menyeluruh
  • Sembilan cabaran 2020
  1. Bangsa Malaysia yang bersatupadu
  2. Masyarakat berjiwa bebas & berkeyakinan
  3. Masyarakat demokratik yang matang
  4. Masyarakat, bermoral & beretika
  5. Masyarakat liberal & bertolak ansur
  6. Masyarakat saintifik & progresif
  7. Masyarakat berbudi & penyayang
  8. Masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi
  9. Masyarakat makmur, berdaya saing
4. Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK)
  • Maksud : Acuan tempatan di segi bahasa pengantar, sukatan mata pelajaran dan kurikulum.
  • Sejarah : Penyata Razak 1956 -> Ordinan Pelajaran 1957 -> disemak: Laporan Rahman Talib 1960 -> Akta Pelajaran 1961.
  • Matlamat DPK mengikut Akta Pelajaran 1961: sistem pendidikan yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.
  • Matlamat khusus DPK:
  1. Menjadikan bahasa kebangsaan bahasa pengantar utama
  2. Kurikulum yang selaras berorientasikan Malaysia
  3. Sistem peperiksaan yang sama
  4. Melicinkan pengurusan pendidikan
  5. Meningkatkan mutu pendidikan. Menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu
  6. Mengadakan peluang pendidikan asas selama 9 tahun
  7. Mendemokrasi pendidikan dari segi peluang dan mutu. Mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian kepada yang kurang bernasib baik dan kawasan pedalaman
  8. Pendidikan rendah mengikut KBSR berasaskan 3M, 1983 dan pendidikan menengah mengikut KBSM, 1989
  9. Memperluas pendidikan vokasional dan teknik. Menyusun semula kurikulum vokasional 1978
  10. Mempelbagai kemudahan pendidikan universiti terutama sastera gunaan dan sains gunaan
  11. Mempertingkat pendidikan kerohanian, moral dan disiplin.
  12. Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib dan memberi peluang bagi pembelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
  13. Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin (kadet polis, pengakap, Puteri Islam, Pandu Puteri)
  • Strategi untuk mencapai matlamat DPK
1. SEKOLAH WAWASAN
  • Satu ruang sosial yang memberi kesempatan kepada pelajar daripada pelbagai kumpulan etnik untuk berinteraksi dan menjalinkan hubungan yang harmonis. (SMK+SJK)
2. RIMUP (4 objektif)
  • Menggalakkan penyertaan G & M dalam kegiatan bersama
  • Mewujudkan sikap kerjasama dan tolong menolong
  • Melahirkan persefahaman dan tolak ansur antara murid pelbagai kaum
  • Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk kegiatan khas
3. Penawaran Tamil, Mandarin di sekolah kebangsaan.
  • Sebagai mata pelajaran elektif di sekolah kebangsaan
  • Peluang kepada pelajar etnik lain mempelajari bahasa kedua.
  • Pemangkin proses interaksi dan integrasi kaum.
  • Menjadi nilai tambah kepada pencapaian akademik pelajar.
4. Pelan Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (4 teras utama)
  • Meningkatkan akses kepada pendidikan
  • Meningkatkan peluang pendidikan yang lebih saksama
  • Meningkatkan kualiti pendidikan
  • Meningkatkan kecemerlangan pengurusan pendidikan
Program bantuan pelajar miskin:
  • Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
  • Program Susu Sekolah
  • Skim Baucer Tuisyen
  • Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
5. Bahasa Melayu alat komunikasi dan perpaduan
  • Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi untuk menyatupadukan semua penduduk.
  • Termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
  • Bahasa pertuturan majoriti penduduk Malaysia. Bahasa lain masih boleh digunakan tanpa sekatan.
  • Akta Bahasa Kebangsaan 1967:
  1. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi tunggal. Namun, Bahasa Inggeris dibenarkan jika perlu.
  2. Bahasa Melayu mula diajar dan digunakan secara meluas di institusi pendidikan.
  3. Sejak 1971, Bahasa Melayu digunakan dengan lebih meluas dalam urusan rasmi di Parlimen dan mahkamah.
  4. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tidak boleh dipersoalkan.
JATI DIRI ACUAN MALAYSIA

Kegiatan
:
  • Kelab sukarela
  • Badan amal
  • Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
  • Rukun Tetangga
  • Tabika Perpaduan
7 unsur jati diri:
  1. Keazaman Politik
  2. Kekukuhan Ekonomi
  3. Khalayak Kritikal (JPNIN & IKLIN)
  4. Agama Islam
  5. Wawasan Yang Dikongsi
  6. Penggunaan Sains & Teknologi
  7. Menerima Perbezaan Antara Agama
CABARAN DAN HUBUNGAN ETNIK

1. Cabaran Dari Aspek Sosial
  • Pemisahan fizikal: Dasar British & Geografi: topografi, Laut Cina Selatan
  • Sistem pendidikan yang berasingan
  • Polarisasi di kalangan pelajar
  • Kontrak sosial
2. Cabaran Dari Aspek Ekonomi
  • Penguasaan ekonomi
  • Ketidakseimbangan pendapatan di antara sektor
  • Membawa ketidakstabilan
  • Perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi
  • Menghalang interaksi antara kaum. Cetus semangat perkauman
3. Cabaran Dari Aspek Politik
  • Politik perkauman timbulkan rasa tidak senang hati
  • Menyuarakan kepentingan etnik tertentu tanpa ambil kira kepentingan etnik-etnik lain
  • Memperalatkan isu perkauman untuk tujuan politik
4. Cabaran Globalisasi
  • Globalisasi bawa idea keunggulan Barat
  • Aspek negatif: hedonisme, ekploitasi sumber manusia dan bahan mentah
  • Globalisasi adalah penjajahan era baru- penjajahan budaya
  • Menghalang pembinaan jati diri Malaysia

Tuesday, August 17, 2010

BAB 6: PERLEMBAGAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

BAB 6 : PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HE DI MALAYSIA

DEFINISI PERLEMBAGAAN
  • Satu set peraturan atau undang-undang tertinggi sesebuah negara
  • Mengandungi 15 Bab, 183 Perkara dan 13 Jadual
  • Menyentuh bidang kuasa perundangan, kehakiman dan eksekutif, aspek bahasa, agama, kewarganegaraan, hak istimewa dan sebagainya
KEPENTINGAN
  1. Menjamin kestabilan politik serta sistem pemerintahan negara yang cekap dan adil
  2. Mewujudkan suatu rangka politik, ekonomi dan sosial yang dapat memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara
  3. Melindungi kepentingan semua kumpulan etnik
PEMUAFAKATAN (Konsep Pakatan Murni /Quid Pro Quo/ Kontrak Sosial)
  • Maksud : Persetujuan atau pemuafakatan politik dan tolak ansur antara pemimpin kaum di Tanah Melayu dalam mewujudkan kandungan perlembagaan
  • "Pakatan Murni"/Qiud Pro Quo (equal exchange) / Kontrak Sosial dibentuk dalam aspek menghormati hak dan kepentingan kaum dalam Perlembagaan Persekutuan.
  • Hasil Pemuafakatan (konsep 4+1): asas kandungan perlembagaan. 4 unsur tradisi +1 hak-hak bukan bumiputra
  1. Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara
  2. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
  3. Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan
  4. Kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera
+
  1. Masyarakat bukan Melayu mendapat keistimewaan sebagai warganegara. Layanan yang sama dengan masyarakat tempatan.
SEJARAH PENGGUBALAN

Perlembagaan Malayan Union (MU) 1946

  • Ditentang orang Melayu kerana mencabar kuasa Sultan dan hak Melayu serta menjadi T. Melayu tanah jajahan mahkota
  • MU terbatal
  • Orang Melayu menubuhkan UMNO. Kemudian PTM 1948 ditubuhkan dengan kerjasama British
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948

  • British mengisytiharkan PTM pada 1 Feb 1948
  • Kerjasama antara orang Melayu dan bukan Melayu semakin kuat.
  • Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum/ JHAK, terdiri daripada pelbagai etnik: Menyelesaikan masalah perlembagaan, politik dan ekonomi yang wujud akibat permintaan yang berlainan daripada pelbagai etnik. Berjaya memupuk persefahaman
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

  • Digubal oleh Suruhanjaya Reid.
  1. Lord Reid (Britain)
  2. Sir Ivor Jennings (Britain)
  3. Sir William McKell (Australia)
  4. B. Malik (India)
  5. Hakim Abdul Hamid (Pakistan)
  • Suruhanjaya Reid membuat tinjauan cadangan daripada parti-parti politik, orang ramai, kesatuan sekerja, individu-individu dan Raja-Raja Melayu.
  • Menerima 131 memorandum bertulis
  • Memorandum Parti Perikatan - "Pakatan Murni" hasil rundingan dan tolak ansur UMNO, MCA dan MIC. Meliputi 2 perkara penting iaitu:
    1. Mengekalkan 4 unsur tradisi dalam perlembagaan (Bahasa Melayu, Agama Islam, Institusi Beraja dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera)
    2. Hak untuk menjadi warganegara bagi kaum bukan Melayu berasaskan prinsip jus soli
  • Pakatan Murni juga dikenali "Kontrak Sosial": Kaum Melayu menerima kerakyatan bukan Melayu dan bukan Melayu bersetuju dengan hak istimewa Melayu dan Bumiputera
  • Mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial
Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963

  • PPTM 1957 telah diperbaharui apabila Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia pada 16 September 1963.
  • PPTM 1957 dijadikan asas kepada penggubalan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
  • Persetujuan yang telah disepakati antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
  • Perkara Dua Puluh. 20 tuntutan Sabah dan Sarawak yang bersetuju untuk menyertai Malaysia( imigresen, bahasa, kewangan dan hak istimewa Bumiputera Sabah Sarawak)
UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN
  • Merupakan "kontrak sosial" yang telah dipersetujui bersama semasa penggubalan perlembagaan.
  • Meliputi bahasa, agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak serta pemerintahan beraja
  • Dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang dalam perbincangan awam.
Perkara 152 : BAHASA KEBANGSAAN
  • Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka.
  • Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan, mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.
Perkara 3 : AGAMA RASMI
  • Agama Islam agama rasmi persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan
  • Setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan setiap agama mempunyai hak untuk:
  1. Menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri.
  2. Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat.
  3. Memperolehi dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang.
Perkara 153 : KEDUDUKAN ISTIMEWA
  • Kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak
  • Tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain.
  • Meliputi perkara-perkara seperti:
  1. Jawatan dalam perkhidmatan awam (PERKHIDMATAN AWAM)
  2. Pemberian biasiswa dan bantuan (PENDIDIKAN)
  3. Kemudahan pendidikan (PENDIDIKAN)
  4. Lesen untuk perniagaan dan perdagangan (EKONOMI)
  • TAKRIF MELAYU dalam Perkara 160:
  1. Lazimnya bertutur dalam Bahasa Melayu.
  2. Menganut agama Islam.
  3. Mengamalkan adat istiadat Melayu.
Pemerintahan Beraja
  • Telah lama diamalkan dalam masyarakat Melayu sejak zaman Melayu Melaka.
  • Zaman British, Adat dan Agama Islam dikhususkan di bawah penjagaan Raja.
  • Malayan Union mendapat tentangan Melayu kerana Raja kehilangan kuasa, dan diselamatkan oleh PTM 1948.
  • Selepas mencapai kemerdekaan, institusi beraja terus dikekalkan di bawah konsep Raja Berperlembagaan.
  • Konsep Raja Berperlembagaan: raja-raja bertindak mengikut lunas-lunas perlembagaan yang telah ditetapkan
KERASIONALAN

Rasional Perkara 153

  • Semasa penggubalan Perlembagaan, telah wujud semangat persefahaman, akomodatif, berkongsi kuasa dan sedia berkorban di kalangan orang Melayu dan bukan Melayu.
  • Dikenali sebagai "Kontrak Sosial".
  • Kaum Melayu melonggarkan syarat kerakyatan bagi bukan Melayu manakala kaum bukan Melayu menerima hakikat kedudukan istimewa hak orang Melayu.
Rasional Perkara 152
  • Bahasa kebangsaan penting sebagai wadah komunikasi atau bahasa pertuturan umum dan bahasa rasmi negara bagi menyatupadukan rakyat pelbagai kaum.
  • Hasil pemuafakatan perlembagaan, bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan.
  • Namun, penggunaan bahasa ibunda kaum lain tidak terjejas.
  • Rasional pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah kerana bahasa Melayu menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad-abad lamanya.
  • Zaman penjajah telah dijadikan bahasa rasmi. Pegawai Eropah perlu belajar dan lulus bahasa Melayu
Rasional Perkara 3
  • Islam dipilih sebagai agama rasmi kerana telah bertapak lebih 600 tahun lampau
  • Banyak mempengaruhi cara hidup dan pemikiran orang Melayu sehingga sekarang berbanding dengan agama lain.
  • Semasa penjajahan British, kedudukan agama Islam tidak diganggu dan diserahkan urusannya kepada Raja-Raja Melayu.
  • Perlembagaan Malayan Union dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 turut mengecualikan perkara ini
  • Islam sesuai dengan takrif “Melayu” seperti yang terdapat dalam Perkara 160.

Monday, August 16, 2010

BAB 5: PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

BAB 5 : PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

KONSEP MODENISASI
  • Proses transformasi dan perubahan berencana
  • Dua aspek modenisasi: 1. Pembangunan ekonomi 2. Pembangunan politik
PEMBANGUNAN POLITIK
  • Matlamat: untuk membina negara-bangsa
  • Kaedah top-down:
  1. Menghayati ideologi negara
  2. Menerapkan dasar-dasar awam
  3. Memupuk semangat nasionalisme
  • Komponen-komponen demokrasi: (4P)
  1. Parti-parti politik
  2. Parlimen
  3. Perlembagaan
  4. Pilihanraya
  • Cabaran membina sebuah negara bangsa: Masalah penggabungan kerana:
  1. Sejarah penjajahan
  2. Proses migrasi
  3. Berbeza etnik
  4. Berbeza wilayah
  5. Berbeza kerajaan
KEMAJMUKAN ETNIK DALAM PROSES POLITIK
  • Aspek demografi: Keunikan komposisi etnik
  • Jumlah penduduk, 26.6 juta (2006)
  • Semenanjung: Melayu 55%, Cina 25%, India 7%.
  • Sarawak: Dayak : 44.3% (Iban, Bidayuh dan Orang Ulu (Kayan, Kenyah, Kelabit, Murut, Punan dan sebagainya)). Melayu : 23.2 %. Melanau : 5.7%. Cina : 26.5 %. India : 1.2 %
  • Sabah : Kadazan Dusun : 24.8 %. Bajau : 18.5 %. Melayu : 18.5 %. Peribumi lain : 20.6 %

KERJASAMA POLITIK & HUBUNGAN ETNIK

Kerjasama Semasa British:

  • Ciri-ciri strategi British ke arah menubuhkan negara bangsa di Tanah Melayu- Berperingkat-peringkat
  • Peringkat awal: terhad. Pegawai Melayu berjawatan rendah
  • Meluas selepas Malayan Union. Pemisahan dan pembahagian kuasa (kuasa Sultan dihadkan)
Kerjasama Semasa dan Selepas Jepun
  • Mengajar pentingnya kerjasama antara etnik untuk mencapai objektif politik
  • Contoh kerjasama antara etnik – AMCJA-PUTERA – UMNO,MCA, dan MIC
  • British kembali ke Tanah Melayu dan menubuhkan Malayan Union sebagai negara-bangsa bersifat kesaksamaan versi total. Menimbulkan kemarahan Melayu
  • Melayu menubuhkan UMNO dan kemudiannya tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu 1948 hasil rundingan dan kerjasama/toleransi British. Kedudukan raja dikembalikan.
Kerjasama Menuntut Kemerdekaan
  • Kerjasama ke arah perpaduan kaum - Gabungan UMNO,MCA, MIC mewujudkan Parti Perikatan
  • Menang dalam Pilihanraya 1955
  • Wakil ke London untuk mendapatkan kemerdekaan
  • Kontrak sosial mewujudkan Perlembagaan PTM 1957
Kerjasama Menubuhkan sebuah negara bangsa Malaysia
  • Kerjasama antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak untuk menggabungkan ketiga-tiga wilayah
  • Beberapa parti ditubuhkan di Sarawak (SUPP, PANAS, BARJASA, PESAKA, SNAP) dan Sabah (UNKO, USNO, SCA) untuk menuntut kemerdekaan
  • Sejak merdeka 1957, proses politik berasaskan etnik dan penubuhan parti politik seterusnya terus menepati garis etnik.

BAB 4: PEMBANGUNAN EKONOMI DAN HUBUNGAN ETNIK

BAB 4 : PEMBANGUNAN EKONOMI DAN HUBUNGAN ETNIK

KONSEP MODENISASI
  • MAKSUD:Proses transformasi, perubahan atau pembangunan dalam segala aspek kehidupan masyarakat secara berencana
  • Berencana - Matlamat, kaedah dan ukuran pencapaian ditentukan dahulu sebelum perubahan dibuat
ASPEK PEMBANGUNAN EKONOMI : (MKU)
  • Matlamat (M): Masyarakat industri.
  • Kaedah (K): Teknologi : tradisional -> saintifik dan canggih. Pertanian : sara diri -> komersial. Industrialisasi : produksi besar-besaran. Urbanisasi : perpindahan ke bandar.
  • Ukuran (U): GNP/ KDNK, perubahan sosial (miskin kepada kaya, pertanian kepada industri)
PUNCA MODENISASI (Revolusi Eropah Barat):
  1. Revolusi Perancis
  2. Revolusi Perindustrian
REVOLUSI PENCETUS PENJAJAHAN
  • Penjajahan : Saluran Pemodenan Wilayah Bukan Eropah.
  • Imperialisme melalui perdagangan (pembekalan bahan mentah) berakhir dengan penjajahan. Melanjutkan pembekalan.
  • Kesan:
  1. Penerusan pembekalan barang mentah, buruh dan pasaran
  2. Punca kemunduran negara membangun
MODENISASI DI MALAYSIA
  • PUNCA: Penjajahan kolonial Inggeris.
  • Modenisasi zaman British dilanjutkan dengan beberapa perubahan dan penyesuaian
  • KOMPONEN: Ekonomi & Politik
KOMPONEN EKONOMI
  • Matlamat - pembangunan ekonomi, masyarakat industri, mengimbangi pertumbuhan, peningkatan kualiti hidup
  • Kaedah:
  1. Awal -peningkatan infrastruktur, pembangunan pertanian, industri gantian-import.
  2. Pertengahan- Teknologi tinggi, industri eksport, penswastaan
  3. Kini- K-ekonomi (ekonomi berasaskan ilmu/knowledge)
  • Ukuran pencapaian: (KDNK -Keluaran Dalam Negara Kasar) + peningkatan kualiti hidup

ACUAN EKONOMI MALAYSIA
  • Kesan penjajahan British disambung dan diubahsuai
  • Keunikan ekonomi Malaysia: Cth:
  1. Geografi: Tanaman baru getah dan kelapa sawit dikenalkan- penuhi bekalan industri Eropah Barat
  2. Infrastruktur menyokong industri. Cth : landasan keretapi dan jalanraya
  3. Sistem buruh : Division of Labour. Pengenalan etnik mengikut sektor. Kini telah diubahsuai
PERANCANGAN PEMBANGUNAN 5 TAHUN

PERINGKAT PRA MERDEKA DAN AWAL MERDEKA (1950-1965)

1. Draft Development Plan of Malaya (1950-1955)
  • Pemerintahan British
  • Tradisi Perancangan moden
  • Menentukan masa depan Tanah Melayu seterusnya Malaysia
  • Kesepakatan antara etnik
2. Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
  • Pemerintahan sendiri (Pilihanraya 1955, Kemerdekaan 31 Ogos 1957)
  • Tanggungjawab pemimpin tempatan.
3. Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
  • Selepas Pilihanraya 1959
  • Penerusan dasar pemimpin tempatan
  • Pengubahsuaian plan British.
RMK SELEPAS PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963

4. Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)
  • Lebih agresif
  • Fokus: basmi kemiskinan. Penekanan pendidikan, bahasa, budaya.
  • Masalah : Konfrontasi Indonesia, Peristiwa 13 Mei
Rancangan Jangka Panjang 1 (1971-1990) - DEB

5. Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)
6. Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)
7. Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)
8. Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)

Rancangan Jangka Panjang 2 (1991-2000) - DPN

9. Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995)
10. Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000)

Rancangan Jangka Panjang 3 (2001-2010) - DWN

11. Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005)
12. Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010)

DASAR EKONOMI BARU 1971-1990
  • PUNCA :
  1. DASAR PECAH & PERINTAH => ketidakseimbangan, kecemburuan, ketidakpuashatian => 13 MEI 1969
  2. Pembangunan tidak seimbang
  3. Kemiskinan meningkat
  4. Pemilikan modal saham tidak seimbang, bumi dan bukan bumi
  5. Ketidakseimbangan pembahagian pekerjaan antara kaum
  • MATLAMAT
  1. Membasmi kemiskinan
  2. Menyusun semula masyarakat. Menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi
  • STRATEGI
  1. Membasmi Kemiskinan - Peluang pekerjaan. Kemudahan (peluang, kemahiran, tanah, modal, dll). Peluang dalam perindustrian. Memodenkan luar bandar - infrastruktur asas
  2. Penyusunan semula masyarakat. Masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan bumiputera. Penambahan hak pemilikan modal (bumiputera : 30% saham syarikat, 40% bukan bumi dan selebihnya pelaburan asing. Menyusun semula corak guna tenaga mengikut sektor dan jenis pekerjaan
DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL 1991-2000
  • MATLAMAT :
  1. Memupuk perpaduan negara
  2. Mencapai pembangunan seimbang dalam semua sektor
  • STRATEGI :
  1. Pembasmian kemiskinan. Menghapuskan kemiskinan tegar dan mengurangkan kemiskinan relatif
  2. Pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Meningkatkan penyertaan bumiputera dalam ekonomi
  3. Penglibatan swasta dalam penyusunan semula masyarakat
  4. Pembangunan sumber manusia.
DASAR WAWASAN NEGARA 2001 dan seterusnya
  • Respon kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik peringkat nasional & antarabangsa
  • MATLAMAT : Pembentukan Malaysia yang benar-benar maju menjelang 2020
  • FOKUS : Pembangunan menyeluruh aspek, ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan, kebudayaan
  • 9 Cabaran Wawasan 2020 yang perlu dihadapi bagi merealisasikan dasar.
  1. Negara bersatu padu
  2. Masyarakat berjiwa bebas
  3. Masyarakat demokratik
  4. Masyarakat bermoral dan beretika
  5. Masyarakat Liberal
  6. Masyarakat saintifik dan progresif
  7. Masyarakat penyayang
  8. Masyarakat adil dalam bidang ekonomi
  9. Masyarakat makmur

Sunday, June 6, 2010

BAB 3: MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA

BAB 3 : MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA

Pengenalan
  • Sejak abad ke-5 Masihi pluralisme budaya di alam Melayu
  • Interaksi antara Melayu, Arab, Cina, India, Eropah dan lain-lain
  • Wujud budaya sosial: pluraliti masyarakat & budaya pelbagai
Pluralisme Budaya Alam Melayu
  • Alam Melayu sebgai wilayah pertemuan pelbagi tamadun dan budaya
  • Ciri pluraliti masyarakat Alam Melayu turut berubah.
  • Melalui laut; orang Eropah datang ke Alam Melayu dengan tujuan:
  1. Gospel
  2. Gold
  3. Glory

Zaman Kesultanan Melayu Melaka:
  • Kemuncak Pluraliti Alam Melayu
  • Sultan mempunyai visi. Pemerintah baik dan terbuka
  • Keselamatan laut selamat. Sistem undang-undang sistematik. Contohnya:Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka.
  • Tempat pertemuan pedagang seluruh dunia (The Venice of the East)
  • Berlaku penghijrahan dan kependudukan secara sukarela dan semulajadi
  • Perkahwinan campur secara sukarela. Wujud kepelbagaian bangsa dan budaya
Pembentukan Masyarakat Pluralistik Zaman Penjajahan
  • Penjajahan Portugis, Belanda dan British mengubah:
  1. Prinsip
  2. Sistem struktur
  3. Dasar (pecah dan perintah)
  • Kesan penjajahan:
  1. Pemisahan negara
  2. Pemisahan agama
Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Malaysia
  • Kemasukan India dan Cina ke Tanah Melayu kerana faktor:
  1. Tolakan : Masalah ekonomi negara
  2. Tarikan : galakan British dan peluang pekerjaan yang banyak di T.Melayu
  • Wujud Masyarakat majmuk:
  1. Etnik Melayu
  2. Etnik Cina
  3. Etnik India
  4. Lain-lain
  • Bekerjasama dan bersatupadu mencapai kemerdekaan dan membentuk Malaysia
  • Hubungan yang harmoni kekal hingga ke hari ini
Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka
  1. Politik -UMNO, MIC, MCA
  2. Perlembagaan - kontrak sosial antara etnik
  3. Pendidikan - Penyata razak 1956, Rahman Talib 1960.
  4. Ekonomi - 4 peringkat:
  • Rancangan pramerdeka
  • Rancangan selepas merdeka
  • Era Dasar Ekonomi Baru
  • Dasar-dasar Pembangunan Negara.
Kesimpulan
  • Masyarakat plural wujud sekian lama
  • Berlaku perubahan hasil penjajahan
  • Pelbagai etnik wujud persefahaman dan keharmonian kaum selepas kemerdekaan pada 1957

Thursday, May 27, 2010

TUGASAN KERJA KURSUS

PILIH SALAH SATU TAJUK YANG DIBERI:
  1. Huraikan kebaikan dan halangan dalam perkahwinan campur dan berikan pendapat anda untuk mengatasi halangan tersebut
  2. Jelaskan bagaimana adat resam dan budaya pelbagai kaum dapat memupuk persefahaman antara rakyat di Malaysia
  3. Huraikan bagaimana Program Latihan Khidmat Negara dapat membentuk satu identiti bangsa Malaysia yang cinta dan banggakan tanah air
  4. Huraikan bagaimana program Rumah Terbuka dapat dijadikan sebagai satu medium perpaduan antara kaum
  5. Huraikan beberapa usaha yang boleh diambil oleh kerajaan untuk menyakinkan rakyat Malaysia akan kepentingan Sekolah Wawasan
  6. Huraikan bagaimana Perlembagaan Malaysia dapat membantu ke arah pembentukan masyarakat berintegrasi
  7. Pada pendapat anda, bagaimanakan konsep Satu Malaysia dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum?
  8. Huraikan bagaimana globalisasi telah mempengaruhi budaya masyarakat di Malaysia
ARAHAN:
  • Berkumpulan (5-6 orang)
  • Hantar pada akhir minggu ke-5 (18 JUN 2010)
  • 10-15 muka surat (tidak termasuk lampiran)
  • Format :
  1. Muka depan
  2. Penghargaan
  3. Pendahuluan
  4. Isi
  5. Kesimpulan
  6. Bibliografi
  7. Lampiran
  • Tulisan
  1. Times New Roman
  2. Saiz 12
  3. Selang 2 baris
  4. Justifikasi
  • Footnote - 5 nota kaki
  • PLAGIARISME ADALAH DILARANG

Tuesday, May 25, 2010

BAB 2: KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

BAB 2: KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Tiga konsep Asas Hubungan Etnik yang penting:
  • Masyarakat
  • Budaya
  • Perpaduan dan Integrasi
Masyarakat - Kamus Dewan:
  • kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan cara tertentu
  • terbina hubungan sosial, contohnya; gotong-royong, majlis keraian dan lain-lain.
Konsep Masyarakat
  • Manusia - perlu hidup bermasyarakat
  • mesti memahami hidup bermasyarakat
  • fahami budaya sendiri dan orang lain
  • pupuk kerjasama
Ciri-ciri Masyarakat
  • Berkelompok
  • Berbudaya
  • Alami perubahan
  • Interaksi
  • Ada Kepimpinan
  • Aturan Sosial
Perbezaan antara Masyarakat dan Bangsa Malaysia
  • Masyarakat - lebih global (sebagai payung)
  • Bangsa - merujuk kepada cita-cita politik yang sama, warganegara, kebangsaan (spesifik)
Konsep Etnik, Etnisiti dan Etnosentrisme
  • Etnik - kelompok manusia amal budaya hampir seragam (kaitan rapat dengan ras dan bangsa)
  • Etnisiti - Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik
  • Etnosentisme - merujuk ciri-ciri budaya etnisiti mereka lebih baik dan memandang rendah pada budaya lain. Pandangan atau sikap yang mempercayai budaya sendiri lebih unggul daripada etnik lain dan agung budaya sendiri - sikap ini perlu dielakkan
Konsep Ras dan Rasisme
  • Ras - Mempunyai tanda pengenalan kolektif fizikal/biologikal (warna kulit, mata, rambut)
  • Rasisme - pandangn, pemikiran atau kepercayaan negatif pada sesuatu kelompok. layanan berat sebelah berasaskan keturunan bangsa (prejudis)-Sikap negatif pada sesuatu atau seseorang sebelum mengetahui perkara sebenar (individu dan institusi.)
Konsep Budaya
  • Asal dari perkataan 'Budhi' - Sanskrit. Daya' - Melayu
  • Budaya: Kemajuan fikiran, akal budi, berkelakuan dan sebagainya
  • Budaya sebagai cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan meliputi ekonomi, sosial, adat resam dan sebagainya.
Ciri-ciri Budaya:
  • dipelajari
  • dikongsi
  • bersifat sejagat
  • di warisi
  • berubah-ubah
  • ada unsur simbolik
  • ada worldview (pandangan semesta)
Konsep Perpaduan dan Integrasi
  • Perpaduan- Proses menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara membentuk satu identiti dan nilai bersama yang cintakan akan negara
Unsur integrasi:
  • Wilayah
  • Ekonomi
  • Kebudayaan
  • Sosial
  • Pendidikan
  • Politik
Konsep-konsep Integrasi
Asimilasi/ Akomodasi
  1. Segregasi - Pemisahan & pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara.
    Pengasingan: sekolah, tempat tinggal, pengangkutan, kemudahan awam.
    Contoh: Dasar Aparteid di Afrika Selatan (1948-1994). Formula: A|B|C|
  2. Akomodasi - Setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma & nilai kumpulan etnik lain & tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Formula : A+B+C= A+B+C
  3. Akulturasi -penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada sesuatu budaya kepada budaya lain. Semua masyarakat Malaysia perlu mengadaptasi unsur-unsur budaya yang pelbagai mengikut suasana daerah. Minoriti menerima budaya majoriti, tanpa ubah budaya asal. Formula : Abc+Bac+Cab
  4. Asimilasi - Proses pencantuman antara etnik berlainan budaya supaya menjadi satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yg sama. Minoriti terima budaya dominan. Berlaku bila ada interaksi yang erat untuk tempoh yang lama. Formula : A+B+C= A
  5. Amalgamasi -Proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi. Budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru.
    Cara utama ialah melalui perkahwinan campur.
    Membentuk generasi atau budaya baru tanpa menuruti budaya asal. Formula : A+B+C=D
Kesimpulan
  • hubungan etnik perlu diambil kira semua aspek - tidak hanya pada konseptual sahaja (luaran)
  • wajar menerima unsur etnik lain yang positif
  • perlu ada asimilasi budaya dan diterima semua
  • wujudnya kepelbagaian budaya etnik dan lain-lain.


Konsep Hubungan Etnik

BAB 1 HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

BAB 1 : HUBUNGAN ETNIK SECARA UMUM

Pengenalan
  • Malaysia kini adalah negara yang sedang membangun menuju ke arah negara maju (tempoh 50 tahun)
  • Berlaku proses transformasi sosioekonomi yang luar biasa
  • Pencetusnya ialah peristiwa 13 Mei 1969)
  • Perlu kestabilan ekonomi, politik dan sosial
Kepentingan Hubungan Etnik yang Harmonis
  • Konteks Malaysia - masyarakat majmuk @ pluraliti
  • Usaha berterusan untuk memupuk dan mengekal hubungan etnik yang baik
  • sekiranya tidak dilakukan - konflik etnik akan berlaku kembali
Peristiwa 13 Mei 1969 - Satu Pengajaran
  • Rusuhan kaum yang sangat rugi
  • Kehilangan nyawa dan harta benda
  • Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mewujudkan perpaduan
  • Masyarakat ramai yang miskin sukar capai perpaduan
  • Perlu ada sikap toleransi, menghormati budaya, adat resam etnik lain.
Usaha-usaha Kerajaan untuk Memupukkan Perpaduan Nasional
  • Penubuhan JPNIN tahun 1969
  • Rukun Negara
  • Dasar Ekonomi Baru
  • Dasar Pendidikan Kebangsaan
  • Dasar Kebudayaan Kebangsaan
  • Kerjasama dari top-down dan bottom-up
Hubung Kait antara Ekonomi dan Etnisiti
  • Melayu - petani dan nelayan
  • Cina - Perniagaan dan perlombongan
  • India - Estet
  • Keadaan ini menjadi stereotaip bagi sesuatu kaum di Malaysia
  • Ekonomi --> Etnisiti
  • Hubungan timbal balas sangat penting agar sentiasa dapat berada dalam keadaan yang baik
  • Malaysia - mendapat pujian dan menjadi ikutan atau contoh kepada negara lain
Kepentingan dan Kandungan Modul Hubungan Etnik
  • bakal menjadi masyarakat Malaysia yang berilmu
  • meneruskan usaha kerajaan - perpaduan
  • Menyingkap aspek penting bagi memastikan keharmonian pelbagai etnik
  • diharap pelajar dapat membina dan memahami hubungan etnik yang harmoni di Malaysia.
Kesimpulan
  • Pengalaman pahit dilalui oleh masyarakat Malaysia - ambil pengajaran positif
  • Usaha - usaha kerajaan ke arah perpaduan perlu diterima dan dipraktikkan dalam kehidupan semua masyarakat.
  • Politik stabil dan ekonomi mantap - asas perpaduan dan pembangunan negara

Monday, May 24, 2010

TOPIK-TOPIK HUBUNGAN ETNIK

BAB 1 : HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA SECARA UMUM
  • Pengenalan
  • Pengajaran Peristiwa 13 Mei
  • Kepentingan Memahami Hubungan Etnik

BAB 2 : KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK
  • Konsep Masyarakat
  1. Konsep Etnik, Etnisiti dan Etnosentrisme
  2. Konsep Ras dan Rasisme
  3. Konsep Prejudis dan Stereotaip
  4. Konsep Diskriminasi
  • Konsep Budaya
  1. Jenis-jenis Budaya (Material dan bukan material)
  2. Ciri-ciri Budaya
  • Konsep Perpaduan dan Integrasi:
  1. Konsep Segregasi
  2. Konsep Akomodasi
  3. Konsep Akulturasi
  4. Konsep Asimilasi
  5. Konsep Amalgamasi
BAB 3 : MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA
  • Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Zaman Kesultanan Melayu Melaka
  • Pembentukan Masyarakat Pluralistik Zaman Penjajahan
  • Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Malaysia
  • Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka
BAB 4 : PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
  • Modenisasi Ekonomi di Malaysia
  • Dasar-dasar Utama Negara
  1. Dasar Ekonomi Baru
  2. Dasar Pembangunan Nasional
  3. Dasar Wawasan Negara
BAB 5 : PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

  • Konsep Modenisasi dan Pembangunan Politik
  • Pelaksanaan Modenisasi dan Pembangunan Politik di Malaysia
  • Kemajmukan Etnik dalam Proses Pembangunan Politik di Malaysia
  • Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik
  • Hubungan Etnik Selepas Penubuhan Malaysia
BAB 6 : PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
  • Konsep Perlembagaan
  • Perkembangan dan Pelaksanaan
  • Unsur-unsur Tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia
  • Rasional Perkara 153
  • Rasional Perkara 152
  • Rasional Perkara 3
BAB 7 : HUBUNGAN ETNIK, INTEGRASI DAN MENANGANI CABARAN
  • Dasar dan Pelan Tindakan Untuk Mencapai Perpaduan
  1. Rukun Negara
  2. Dasar-dasar Pembangunan Negara
  3. Dasar Ekonomi Baru
  4. Dasar Pembangunan Nasional
  5. Perspektif Wawasan 2020
  6. Dasar Pendidikan Kebangsaan
  • Jati Diri Acuan Malaysia
  1. Keazaman Politik
  2. Khalayak Kritikal
  3. Kekukuhan Ekonomi
  4. Agama Islam
  5. Wawasan yang Dikongsi
  6. Penggunaan Sains dan Teknologi
  7. Menerima Perbezaan antara Agama
  • Cabaran Hubungan Etnik
  1. Cabaran Kepentingan antara Etnik dari Aspek Sosial
  2. Cabaran Kepentingan antara Etnik dari Aspek Ekonomi
  3. Cabaran Kepentingan antara Etnik dan Aspek Politik
  4. Cabaran Nilai antara Etnik
  5. Cabaran Globalisasi
BAB 8 : AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK
  • Agama-agama lain di Malaysia
  1. Agama Islam
  2. Agama Budhha
  3. Agama Hindhu
  4. Agama Kristian
  • Pendekatan Islam Hadhari
  1. Makna Hadhari
  2. Tujuan dan Pendekatan Islam Hadhari
  3. Ke arah Membentuk Masyarakat Hadhari
  4. Realiti Kehidupan Masyarakat Kini dan Kaitannya dengan Pendekatan Islam Hadhari serta Hubungan Etnik
  • Asas-asas Hubungan Etnik dalam Konteks Agama
  1. Berkenal-kenalan
  2. Persefahaman
  3. Bekerjasama
  4. Berkasih sayang
  5. Saling Menjamin
BAB 9 : HUBUNGAN ETNIK : SUMBANGAN KERAJAAN DAN MASYARAKAT
  • Peranan Kerajaan
  1. Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
  2. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
  3. Sekolah Wawasan
  4. Program Latihan Khidmat Negara
  • Peranan Masyarakat
  1. Rukun Tetangga
  2. Rumah Terbuka
  3. Penerimaan Budaya
  4. Program di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
  • Peranan Swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)