Wednesday, October 17, 2012
Saturday, October 13, 2012
TAMADUN ISLAM DAN ASIA
Para pelajar yang disayangi, sekiranya anda mentafsir perkataan tamadun, janganlah kamu terikat pada sejarah sahaja. Hakikatnya tamadun lebih merujuk kepada pembangunan, kemajuan, teknologi, perubahan dan sebagainya. Namun tamadun tidak boleh dipisahkan dengan sejarah, kerana tanpa sejarah tiadalah pembangunan. Untuk mencipta sesuatu pasti ada asasnya. Sejarahlah asasnya. Ilmu pengetahuan pokok utamanya. Maka pengajian tamadun itu penting untuk meneruskan proses kemajuan mahupun pembangunan. Di masa akan datang tamadun itu sendiri akan mencipta sejarah untuk panduan generasi akan datang.
Tamadun itu adalah pembangunan yang seimbang antara keperluan rohani dan jasmani, spiritual dan material, jiwa dan fizikal, duniawi dan ukhrawi. Agama, nilai-nilai murni, akhlak, moral dan etika memimpin tindakan yang rasional, yang sentiasa membawa kebaikan. Tanpa agama atau kepercayaan atau kerohanian akan sesatlah konsep ketamadunan.... Lihatlah hari ini, manusia yang membina tamadunnya atas dasar materialistik, gagal mengecapi kehidupan yang aman dalam tempoh yang lama. Alam sekitar kotor, kepupusan haiwan, penyakit berjangkit, keruntuhan moral berlaku di mana-mana.... Apakah ini kualiti hidup yang kita kehendaki? Ingatlah setiap tindakan fikirkan dahulu nilai-nilai murni kita, agama kita, budaya kita, tradisi kita. Mana nilai kemanusiaannya.
Ibnu Khaldun dalam teori kitarannya, menyebutkan manusia pada awalnya dalam keadaan assabiyah, iaitu berpuak-puak, tiada perpaduan. Pada zaman Jahiliyah manusia hidup dalam kegelapan, masalah moral dan keruntuhan moral berlaku di mana-mana. Peringkat kedua, zaman kegemilangan, dikecapi apabila Islam berjaya disebarkan ke pelusuk dunia. Madinah bandar Islam yang maju, menyatupadukan rakyat berbilang kaum. Zaman khalifah Arrasyidin, Bani Umayyah, Abbasiyyah hinggalah Uthmaniyah. Lahir tokoh-tokoh ilmuwan Islam yang disegani. Namun hari ini, peringkat ketiga, manusia hilang pertimbangan kerana lupa akan tuntutan agama, lupa nilai-nilai murni. Keruntuhan moral dan akhlak lagi sekali berlaku. Wahai generasi hari ini, baliklah ke pangkal jalan, dalam mengejar cita-cita murni negara bangsa yang maju, dalam meniti dunia teknologi yang canggih, janganlah lupa asal usul kamu, agama kamu, nilai sejagat kita.
Ayat pertama di dalam Al Quran... Iqra'... Read... Bacalah... Maka tuntutlah ilmu untuk keperluan membentuk tamadun yang baik. Kajilah segala yang ada di muka bumi ini. Gunakan ia di landasan yang benar.

Thursday, November 18, 2010
Friday, November 12, 2010
Monday, August 23, 2010
BAB 9: USAHA KE ARAH MASYARAKAT BERINTEGRASI
BAB 9 : HUBUNGAN ETNIK: USAHA KE ARAH MASYARAKAT BERINTEGRASI
PERANAN KERAJAAN
1. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)
1. Rukun Tetangga
PERANAN KERAJAAN
1. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)
- Politik persefahaman
- Ekonomi stabil
- Pendidikan perpaduan
- Bahasa Kebangsaan
- Agama
- Kebudayaan kebangsaan
- Integrasi Wilayah
- Keselamatan
- Pembangunan kawasan
- Tenaga manusia
- Media Massa
- Kesukanan
- Pemasyarakatan & Perpaduan
- Pertubuhan Sukarela
- Penyelidikan & Penerbitan Bahan Bacaan
- Pemantauan isu-isu semasa dan konflik
- Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) & J/kuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN)
- Program & aktiviti perpaduan
- Menerap semangat perpaduan pelajar pelbagai etnik, bekerjasama, patriotik & berakomodatif tinggi.
- Setiap ibu bapa diberi kebebasan menghantar anak ke sekolah kebangsaan. Tiada halangan jika mereka memilih sekolah jenis kebangsaan.
- Target : 100% guru sekolah menengah dan 25% guru sekolah rendah berijazah menjelang 2010.
- Langkah2 di sekolah & IPT :
- Perkenalkan pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil
- Kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan interaksi antara etnik
- Lebih banyak aktiviti antara etnik
- Program interaksi antara sekolah dan memasukkan unsur-unsur interaksi etnik ke dalam kurikulum. Meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan etnik lain.
- MAKSUD: Gabungan 2 atau 3 jenis sekolah rendah baharu, berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran dalam kawasan yang sama, berkongsi kemudahan (padang permainan, dewan dan sebagainya)
- Persekitaran & peluang yang luas kepada pelajar pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi dalam pelbagai aktiviti.
- TUJUAN:
- Mewujudkan perpaduan pelajar pelbagai bangsa.
- Memupuk semangat integrasi pelajar pelbagai aliran.
- Melahirkan generasi yang bertolenrasi dan persefahaman yg tinggi
- Perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti lain.
- Mula 2004. Kursus 3 bulan. Berkhemah &berasrama. Remaja lepasan SPM
- Berteraskan Rukun Negara. Kurikulum multidisiplin merangkumi empat modul
- Memupuk perpaduan kaum. Aktiviti semangat muhibah dan bertolak ansur
- TUJUAN:
- patriotisme
- perpaduan & integrasi nasional
- perwatakan positif
- kesukarelaan
- cergas, cerdas, yakin
- MODUL2:
- Fizikal : Aktiviti kawad, merempuh halangan, merentas desa, kembara hutan.
- Kenegaraan : Pengetahuan tentang pembinaan negara.
- Pembinaan Karakter : Penerokaan diri sendiri dan hubungan interpersonal.
- Khidmat Komuniti : Melibatkan aktiviti gotong royong seperti membersihkan, mengindahkan dan menceriakan kawasan sekitar.
1. Rukun Tetangga
- 1975: Awal penubuhan: keselamatan di kawasan kediaman masing-masing.
- 1983: Konsep kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat.
- 2000: pendekatan Pembangunan masyarakat secara menyeluruh ke arah perpaduan
- OBJEKTIF = Mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional selaras dengan dasar-dasar pembangunan berlandaskan Perlembagaan dan Rukun Negara.
- AKTIVITI-AKTIVITI RUKUN TETANGGA
- Sosial – kunjung mengunjungi semasa musim perayaan
- Pendidikan – pendidikan tidak formal, kursus motivasi,kursus kepimpinan, ceramah dan sebagainya.
- Sukan – sukaneka, larian, permainan bola sepak, bola jaring, sukan tradisional dan lain-lain.
- Rekreasi – tai chi, ekspedisi mendaki bukit, kembara, berkhemah dan sebagainya.
- Kesihatan dan alam sekitar – ceramah kesihatan, antidadah, AIDS, kanser, kempen kebersihan
- Kebajikan – lawatan ke rumah warga tua, anak yatim, sumbangan kepada orang miskin, kerja-kerja amal, membantu mangsa banjir dan mangsa bencana alam.
- Agama – ceramah keagamaan dan forum.
- Kesenian dan Kebudayaan – kelas-kelas seni tari, kraf tangan, permainan tradisional, gamelan, kompang, tarian singa dan lain-lain.
- Ekonomi – aktiviti tanaman hidroponik, menternak ikan air tawar dan sebagainya.
- Keselamatan – rondaan sukarela, mengesan dan melapor isu-isu perhubungan kaum dan menjadi perantara dalam penyelesaian konflik
- Musim perayaan. Setiap etnik akan kunjung mengunjungi rumah jiran berlainan etnik.
- TUJUAN: Keharmonian hubungan etnik terjalin kukuh, mengambil berat, memahami serta menghormati budaya masing-masing.
- Contoh: Aidilfitri: etnik Cina, India dan lain2 akan mengunjungi rumah orang Melayu dan begitulah sebaliknya. Etnik Melayu tidak menyajikan daging lembu kepada etnik India apabila mereka datang ke rumah semasa Aidilfitri.
- Tahun Baru Cina: Etnik Cina menyediakan makanan yang halal kepada etnik Melayu apabila menjemput mereka ke rumah
- Masyarakat bukan Melayu mula menerima budaya orang Melayu dari segi pakaian dan makanan.
- Orang bukan Melayu menggayakan baju kurung dan baju Melayu terutamanya pada hari Jumaat
- Orang Melayu mula menerima masakan Cina dan India serta pemberian duit raya menggunakan sampul atau angpau yang terkenal dalam masyarakat Cina.
- Taman-taman perumahan – terdapatnya penempatan yang sama untuk semua etnik.
- Bahagian Hal Ehwal Pelajar - Galakan aktiviti ke arah perpaduan kaum
- Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) - kepimpinan pelajar tidak harus didominasi sesuatu kaum sahaja tetapi turut dianggotai oleh pelbagai kaum yang lain.
- Kurikulum:
- Kandungan kursus- menitikberatkan pendidikan harmonis, nilai rohani dan budaya bersama yang menyatupadukan generasi muda.
- Keutamaan subjek - Kenegaraan, Tamadun Islam & Asia, Hubungan Etnik.
- Kokurikulum: sukan, persatuan, keluarga angkat, ceramah, unit beruniform.
- Kelab Perpaduan atau Kelab Rukun Negara
- Aktiviti Pesta Tanglung bukan sahaja mahasiswa Cina dan India tetapi turut disertai mahasiswa Melayu.
- Kerjasama pihak kerajaan dan sektor swasta.
- Pensyarah - Diterap dan didedahkan dengan sikap perpaduan antara kaum yang positif. Pendedahan kepada kursus sosiologi perhubungan kaum atau hubungan etnik untuk menerapkan nilai-nilai keharmonian dalam kalangan pelajar
- Pertubuhan pelbagai kaum :
- Pertubuhan Belia Malaysia
- Persatuan Belia Tamil
- Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
- Dewan Perniagaan Cina Malaysia
- Dewan Perniagaan India Malaysia
- Peranan Sains dan Teknologi : Pembangunan meningkat, menarik ramai pelabur dari dalam dan luar negara, wujud Peluang pekerjaan. Kesan: taraf hidup meningkat, jurang ekonomi diseimbangkan, keharmonian
Subscribe to:
Posts (Atom)