Thursday, November 18, 2010
Friday, November 12, 2010
Monday, August 23, 2010
BAB 9: USAHA KE ARAH MASYARAKAT BERINTEGRASI
BAB 9 : HUBUNGAN ETNIK: USAHA KE ARAH MASYARAKAT BERINTEGRASI
PERANAN KERAJAAN
1. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)
1. Rukun Tetangga
PERANAN KERAJAAN
1. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)
- Politik persefahaman
- Ekonomi stabil
- Pendidikan perpaduan
- Bahasa Kebangsaan
- Agama
- Kebudayaan kebangsaan
- Integrasi Wilayah
- Keselamatan
- Pembangunan kawasan
- Tenaga manusia
- Media Massa
- Kesukanan
- Pemasyarakatan & Perpaduan
- Pertubuhan Sukarela
- Penyelidikan & Penerbitan Bahan Bacaan
- Pemantauan isu-isu semasa dan konflik
- Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) & J/kuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN)
- Program & aktiviti perpaduan
- Menerap semangat perpaduan pelajar pelbagai etnik, bekerjasama, patriotik & berakomodatif tinggi.
- Setiap ibu bapa diberi kebebasan menghantar anak ke sekolah kebangsaan. Tiada halangan jika mereka memilih sekolah jenis kebangsaan.
- Target : 100% guru sekolah menengah dan 25% guru sekolah rendah berijazah menjelang 2010.
- Langkah2 di sekolah & IPT :
- Perkenalkan pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil
- Kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan interaksi antara etnik
- Lebih banyak aktiviti antara etnik
- Program interaksi antara sekolah dan memasukkan unsur-unsur interaksi etnik ke dalam kurikulum. Meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan etnik lain.
- MAKSUD: Gabungan 2 atau 3 jenis sekolah rendah baharu, berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran dalam kawasan yang sama, berkongsi kemudahan (padang permainan, dewan dan sebagainya)
- Persekitaran & peluang yang luas kepada pelajar pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi dalam pelbagai aktiviti.
- TUJUAN:
- Mewujudkan perpaduan pelajar pelbagai bangsa.
- Memupuk semangat integrasi pelajar pelbagai aliran.
- Melahirkan generasi yang bertolenrasi dan persefahaman yg tinggi
- Perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti lain.
- Mula 2004. Kursus 3 bulan. Berkhemah &berasrama. Remaja lepasan SPM
- Berteraskan Rukun Negara. Kurikulum multidisiplin merangkumi empat modul
- Memupuk perpaduan kaum. Aktiviti semangat muhibah dan bertolak ansur
- TUJUAN:
- patriotisme
- perpaduan & integrasi nasional
- perwatakan positif
- kesukarelaan
- cergas, cerdas, yakin
- MODUL2:
- Fizikal : Aktiviti kawad, merempuh halangan, merentas desa, kembara hutan.
- Kenegaraan : Pengetahuan tentang pembinaan negara.
- Pembinaan Karakter : Penerokaan diri sendiri dan hubungan interpersonal.
- Khidmat Komuniti : Melibatkan aktiviti gotong royong seperti membersihkan, mengindahkan dan menceriakan kawasan sekitar.
1. Rukun Tetangga
- 1975: Awal penubuhan: keselamatan di kawasan kediaman masing-masing.
- 1983: Konsep kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat.
- 2000: pendekatan Pembangunan masyarakat secara menyeluruh ke arah perpaduan
- OBJEKTIF = Mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional selaras dengan dasar-dasar pembangunan berlandaskan Perlembagaan dan Rukun Negara.
- AKTIVITI-AKTIVITI RUKUN TETANGGA
- Sosial – kunjung mengunjungi semasa musim perayaan
- Pendidikan – pendidikan tidak formal, kursus motivasi,kursus kepimpinan, ceramah dan sebagainya.
- Sukan – sukaneka, larian, permainan bola sepak, bola jaring, sukan tradisional dan lain-lain.
- Rekreasi – tai chi, ekspedisi mendaki bukit, kembara, berkhemah dan sebagainya.
- Kesihatan dan alam sekitar – ceramah kesihatan, antidadah, AIDS, kanser, kempen kebersihan
- Kebajikan – lawatan ke rumah warga tua, anak yatim, sumbangan kepada orang miskin, kerja-kerja amal, membantu mangsa banjir dan mangsa bencana alam.
- Agama – ceramah keagamaan dan forum.
- Kesenian dan Kebudayaan – kelas-kelas seni tari, kraf tangan, permainan tradisional, gamelan, kompang, tarian singa dan lain-lain.
- Ekonomi – aktiviti tanaman hidroponik, menternak ikan air tawar dan sebagainya.
- Keselamatan – rondaan sukarela, mengesan dan melapor isu-isu perhubungan kaum dan menjadi perantara dalam penyelesaian konflik
- Musim perayaan. Setiap etnik akan kunjung mengunjungi rumah jiran berlainan etnik.
- TUJUAN: Keharmonian hubungan etnik terjalin kukuh, mengambil berat, memahami serta menghormati budaya masing-masing.
- Contoh: Aidilfitri: etnik Cina, India dan lain2 akan mengunjungi rumah orang Melayu dan begitulah sebaliknya. Etnik Melayu tidak menyajikan daging lembu kepada etnik India apabila mereka datang ke rumah semasa Aidilfitri.
- Tahun Baru Cina: Etnik Cina menyediakan makanan yang halal kepada etnik Melayu apabila menjemput mereka ke rumah
- Masyarakat bukan Melayu mula menerima budaya orang Melayu dari segi pakaian dan makanan.
- Orang bukan Melayu menggayakan baju kurung dan baju Melayu terutamanya pada hari Jumaat
- Orang Melayu mula menerima masakan Cina dan India serta pemberian duit raya menggunakan sampul atau angpau yang terkenal dalam masyarakat Cina.
- Taman-taman perumahan – terdapatnya penempatan yang sama untuk semua etnik.
- Bahagian Hal Ehwal Pelajar - Galakan aktiviti ke arah perpaduan kaum
- Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) - kepimpinan pelajar tidak harus didominasi sesuatu kaum sahaja tetapi turut dianggotai oleh pelbagai kaum yang lain.
- Kurikulum:
- Kandungan kursus- menitikberatkan pendidikan harmonis, nilai rohani dan budaya bersama yang menyatupadukan generasi muda.
- Keutamaan subjek - Kenegaraan, Tamadun Islam & Asia, Hubungan Etnik.
- Kokurikulum: sukan, persatuan, keluarga angkat, ceramah, unit beruniform.
- Kelab Perpaduan atau Kelab Rukun Negara
- Aktiviti Pesta Tanglung bukan sahaja mahasiswa Cina dan India tetapi turut disertai mahasiswa Melayu.
- Kerjasama pihak kerajaan dan sektor swasta.
- Pensyarah - Diterap dan didedahkan dengan sikap perpaduan antara kaum yang positif. Pendedahan kepada kursus sosiologi perhubungan kaum atau hubungan etnik untuk menerapkan nilai-nilai keharmonian dalam kalangan pelajar
- Pertubuhan pelbagai kaum :
- Pertubuhan Belia Malaysia
- Persatuan Belia Tamil
- Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
- Dewan Perniagaan Cina Malaysia
- Dewan Perniagaan India Malaysia
- Peranan Sains dan Teknologi : Pembangunan meningkat, menarik ramai pelabur dari dalam dan luar negara, wujud Peluang pekerjaan. Kesan: taraf hidup meningkat, jurang ekonomi diseimbangkan, keharmonian
Wednesday, August 18, 2010
BAB 8: AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK
BAB 8 : AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK
AGAMA-AGAMA DI MALAYSIA
1. AGAMA ISLAM
ASAS-ASAS HUBUNGAN ETNIK DALAM AGAMA
AGAMA-AGAMA DI MALAYSIA
1. AGAMA ISLAM
- MAKSUD:Agama wahyu daripada Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W yang dipilih sebagai manusia yang sangat istimewa untuk disampaikan kepada seluruh manusia.
- Islam dari perkataan Arab ‘salima’ maksud aman, tulen, penyerahan, iaitu: Penyerahan kepada Tuhan dan ketaatan kepada undang-undang (syariat Islam).
- Diturunkan di Mekah. Tersebar ke seluruh dunia termasuk Alam Melayu.
- Kedatangan Islam ke Alam Melayu - Di Pasai-Perlak abad ke9M
- Kedatangan Islam ke Malaysia - Awal kurun ke14 (1309M) di Terengganu
- Agama majoriti penduduk Malaysia. 1957- Agama rasmi
- Sumber rujukan:
- Al-Quran - 100% kata-kata Allah dalam bentuk ajaran dan arahan yang terpelihara keasliannya. Dikumpul dan dibukukan. (sumber utama)
- Hadis - Segala aktiviti Nabi Muhammad (juga dikenali sbg Sunnah) berkaitan pengajaran dan penyebaran ajaran dan arahan Islam, dikumpul dan dibukukan sebagai Hadis. (sumber kedua)
- Bentuk ajaran: konseptual & praktikal
- Konseptual : Umat Islam wajib beriman dan percaya kepada ajaran dan perintah Islam.
- Praktikal : Dimanifestasikan melalui amalan harian (sembahyang, puasa, zakat dan sebagainya)
- Kepercayaan:
- Beriman kepada Allah
- Beriman kepada Rasul
- Beriman kepada kitab-kitab Allah
- Beriman kepada Malaikat
- Beriman kepada Hari Kiamat
- Beriman kepada Qada’ dan Qadar
- Mengucap dua kalimah syahadah : "Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”
- Menunaikan sembahyang lima waktu sehari semalam
- Menunaikan zakat
- Menunaikan puasa di bulan Ramadhan
- Menunaikan haji di Mekah
- Maksud: Buddha dalam Sanskrit : "Yang bebas daripada kejahilan".
- Pengasas : Siddharta Gautama Buddha. Dilahirkan di Nepal
- Antara kepercayaan yang terawal bertapak di Alam Melayu
- Di Malaysia: kepercayaan utama masyarakat Cina.
- Ajaran – Empat Kebenaran Mulia & Jalan Mulia Lapan Lapis.
- Menekankan nilai-nilai murni dalam Jalan 8 Lapis.
- Mementingkan belas kasihan, kehidupan yang baik & keamanan semua
- Penderitaan / kesengsaraan hidup adalah lumrah alam.
- Penderitaan berpunca daripada nafsu untuk memperoleh kekayaan dan keseronokan
- Bagi mengelakkan penderitaan, seseorang itu harus mengatasi nafsunya
- Bagi mengatasi nafsu, seseorang itu harus mengikuti Jalan Mulia 8 Lapis. Merangkumi pandangan yang betul, niat yang betul, pertuturan yang betul, tindakan yang betul, punca pencarian yang betul, usaha yang betul, tumpuan yang betul dan pertimbangan yang betul.
- Sekiranya peraturan-peraturan di atas dipatuhi, manusia dapat melepaskan diri daripada pengabdian kelahiran semula
- Matlamat : Nirwana (ketenangan roh atau kebahagiaan yang abadi).
- Maksud : bahasa Sanskrit : Sanatana Dharma : undang-undang abadi.
- Bertapak di India sejak kira-kira 3500 SM.
- Bertapak di Alam Melayu sejak abad pertama masihi. Pengaruhnya sangat kuat di dunia Timur. Penyebab kebangkitan kerajaan awal di Asia Tenggara.
- 4 kitab: Rig veda, Sama Veda, Yajur Veda dan Atharva Veda.
- Karya : Upanishad, Bhagavad Gita.
- Dewa Trimurthi:
- Brahma (Dewa Pencipta)
- Vishnu (Dewa Pelindung)
- Siva (Dewa Pemusnah)
- Dharma : tugas dan tanggungjawab setiap insan
- Samsara : putaran berulang kelahiran, kehidupan, kematian dan kelahiran semula
- Karma : perbuatan atau kelakuan seseorang semasa hidup yang akan menentukan kehidupannya di akhirat
- Matlamat : Mokhsa / mencapai kesempurnaan
- Empat jalan kesempurnaan :
- Raja Yoga (melalui tafakur mengenai Tuhan)
- Jnana Yoga (ilmu suci mengenai kebenaran alam)
- Bhakti Yoga (melalui rasa cinta kasih pada Tuhan)
- Karma Yoga (melalui perlakuan sempurna)
- Hadir ke Alam Melayu bersama-sama dengan kedatangan Barat ke rantau ini.
- Pengasas : Jesus Christ.
- Kitab : Bible. Dibahagikan kepada dua bahagian: Old Testament dan New Testament.
- Ajaran : Ten Commandments dan sifat serta perilaku Jesus Christ
- 4 prinsip ajaran:
- Terdapat satu Tuhan pencipta seluruh alam
- Konsep trinity : tuhan bapa, tuhan anak dan tuhan Holy spirit
- Amalan Jesus hendaklah sentiasa diikuti. Mencintai Tuhan serta melayan semua orang secara adil dan hidup secara aman damai
- Setiap orang akan diadili oleh tuhan berasaskan tingkah lakunya di dunia. Dua rukun utama:
- Cintailah Tuhan dengan seluruh jiwa ragamu
- Cintailah jiranmu seperti kamu mencintai diri sendiri “Love thy neighbor as thyself”
- MAKSUD: Asal perkataan Hadharah : keseimbangan kemajuan material & spiritual.
- Hadhari : Yang bertamadun
- Islam Hadhari : Islam yang mempunyai sifat-sifat kemajuan ketamadunan tinggi yang menekankan aspek fizikal & spiritual.
- PENDEKATAN: Menjelaskan kepada masyarakat tentang kesempurnaan Islam. Menitikberatkan HE
- TUJUAN: Pembinaan peradaban / kemajuan manusia – melahirkan individu/masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan rohani, akhlak, intelektual, material, berdikari, berdaya saing, inovatif, berintegriti, membenci rasuah dan cekap mentadbir
- 10 PRINSIP ISLAM HADHARI
- Keimanan & ketaqwaan kepada Allah
- Kerajaan adil & amanah
- Rakyat berjiwa merdeka
- Penguasaan ilmu pengetahuan
- Pembangunan ekonomi seimbang & komprehensif
- Kehidupan berkualiti
- Pembelaan hak minoriti & wanita
- Keutuhan budaya & moral
- Pemeliharaan alam semula jadi
- Kekuatan pertahanan & perpaduan
ASAS-ASAS HUBUNGAN ETNIK DALAM AGAMA
- Berkenal-kenalan
- Persefahaman
- Bekerjasama
- Persaudaraan
- Berkasih sayang
- Saling menjamin
BAB 7 : HUBUNGAN ETNIK INTEGRASI DAN MENANGANI CABARAN
DASAR & PELAN PERPADUAN
1. Rukun Negara
Kegiatan:
1. Cabaran Dari Aspek Sosial
DASAR & PELAN PERPADUAN
1. Rukun Negara
- Diperkenal 31 Ogos 1970
- Bertujuan untuk membentuk jati diri rakyat Malaysia
- Prinsip-prinsip:
- Kepercayaan kepada Tuhan : Manusia yang beragama dan mempunyai sistem kepercayaan, berakhlak mulia, jujur dan bantu-membantu. Islam agama rasmi tetapi agama lain turut diberi kebebasan
- Kesetiaan kepada Raja dan Negara : Lambang kedaulatan dan perpaduan negara.
Kedudukan raja-raja telah termaktub dalam perlembagaan. - Keluhuran Perlembagaan : Menghormati dan mematuhi perlembagaan. Melindungi hak rakyat serta menjamin kemakmuran dan perpaduan.
- Kedaulatan Undang-undang: Keadilan dalam masyarakat dijamin. Rakyat tidak mengira kaum/agama adalah sama di sisi undang-undang. Rakyat harus menghormati dan mematuhi undang-undang.
- Kesopanan dan Kesusilaan: Mempunyai akhlak yang mulia, saling menghormati antara satu sama lain, jujur, amanah, taat dan bekerjasama.
Semangat kekitaan, harmoni dan keamanan negara
- DASAR EKONOMI BARU (1971-1990)
- DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (1991-2000)
- DASAR PEMBANGUNAN WAWASAN (2001-2010)
- DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
- Matlamat : Malaysia maju menjelang 2020. Pembangunan menyeluruh
- Sembilan cabaran 2020
- Bangsa Malaysia yang bersatupadu
- Masyarakat berjiwa bebas & berkeyakinan
- Masyarakat demokratik yang matang
- Masyarakat, bermoral & beretika
- Masyarakat liberal & bertolak ansur
- Masyarakat saintifik & progresif
- Masyarakat berbudi & penyayang
- Masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi
- Masyarakat makmur, berdaya saing
- Maksud : Acuan tempatan di segi bahasa pengantar, sukatan mata pelajaran dan kurikulum.
- Sejarah : Penyata Razak 1956 -> Ordinan Pelajaran 1957 -> disemak: Laporan Rahman Talib 1960 -> Akta Pelajaran 1961.
- Matlamat DPK mengikut Akta Pelajaran 1961: sistem pendidikan yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.
- Matlamat khusus DPK:
- Menjadikan bahasa kebangsaan bahasa pengantar utama
- Kurikulum yang selaras berorientasikan Malaysia
- Sistem peperiksaan yang sama
- Melicinkan pengurusan pendidikan
- Meningkatkan mutu pendidikan. Menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu
- Mengadakan peluang pendidikan asas selama 9 tahun
- Mendemokrasi pendidikan dari segi peluang dan mutu. Mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian kepada yang kurang bernasib baik dan kawasan pedalaman
- Pendidikan rendah mengikut KBSR berasaskan 3M, 1983 dan pendidikan menengah mengikut KBSM, 1989
- Memperluas pendidikan vokasional dan teknik. Menyusun semula kurikulum vokasional 1978
- Mempelbagai kemudahan pendidikan universiti terutama sastera gunaan dan sains gunaan
- Mempertingkat pendidikan kerohanian, moral dan disiplin.
- Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib dan memberi peluang bagi pembelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
- Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin (kadet polis, pengakap, Puteri Islam, Pandu Puteri)
- Strategi untuk mencapai matlamat DPK
- Satu ruang sosial yang memberi kesempatan kepada pelajar daripada pelbagai kumpulan etnik untuk berinteraksi dan menjalinkan hubungan yang harmonis. (SMK+SJK)
- Menggalakkan penyertaan G & M dalam kegiatan bersama
- Mewujudkan sikap kerjasama dan tolong menolong
- Melahirkan persefahaman dan tolak ansur antara murid pelbagai kaum
- Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk kegiatan khas
- Sebagai mata pelajaran elektif di sekolah kebangsaan
- Peluang kepada pelajar etnik lain mempelajari bahasa kedua.
- Pemangkin proses interaksi dan integrasi kaum.
- Menjadi nilai tambah kepada pencapaian akademik pelajar.
- Meningkatkan akses kepada pendidikan
- Meningkatkan peluang pendidikan yang lebih saksama
- Meningkatkan kualiti pendidikan
- Meningkatkan kecemerlangan pengurusan pendidikan
- Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
- Program Susu Sekolah
- Skim Baucer Tuisyen
- Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
- Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi untuk menyatupadukan semua penduduk.
- Termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
- Bahasa pertuturan majoriti penduduk Malaysia. Bahasa lain masih boleh digunakan tanpa sekatan.
- Akta Bahasa Kebangsaan 1967:
- Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi tunggal. Namun, Bahasa Inggeris dibenarkan jika perlu.
- Bahasa Melayu mula diajar dan digunakan secara meluas di institusi pendidikan.
- Sejak 1971, Bahasa Melayu digunakan dengan lebih meluas dalam urusan rasmi di Parlimen dan mahkamah.
- Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tidak boleh dipersoalkan.
Kegiatan:
- Kelab sukarela
- Badan amal
- Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
- Rukun Tetangga
- Tabika Perpaduan
- Keazaman Politik
- Kekukuhan Ekonomi
- Khalayak Kritikal (JPNIN & IKLIN)
- Agama Islam
- Wawasan Yang Dikongsi
- Penggunaan Sains & Teknologi
- Menerima Perbezaan Antara Agama
1. Cabaran Dari Aspek Sosial
- Pemisahan fizikal: Dasar British & Geografi: topografi, Laut Cina Selatan
- Sistem pendidikan yang berasingan
- Polarisasi di kalangan pelajar
- Kontrak sosial
- Penguasaan ekonomi
- Ketidakseimbangan pendapatan di antara sektor
- Membawa ketidakstabilan
- Perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi
- Menghalang interaksi antara kaum. Cetus semangat perkauman
- Politik perkauman timbulkan rasa tidak senang hati
- Menyuarakan kepentingan etnik tertentu tanpa ambil kira kepentingan etnik-etnik lain
- Memperalatkan isu perkauman untuk tujuan politik
- Globalisasi bawa idea keunggulan Barat
- Aspek negatif: hedonisme, ekploitasi sumber manusia dan bahan mentah
- Globalisasi adalah penjajahan era baru- penjajahan budaya
- Menghalang pembinaan jati diri Malaysia
Tuesday, August 17, 2010
BAB 6: PERLEMBAGAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
BAB 6 : PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HE DI MALAYSIA
DEFINISI PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Malayan Union (MU) 1946
Rasional Perkara 153
DEFINISI PERLEMBAGAAN
- Satu set peraturan atau undang-undang tertinggi sesebuah negara
- Mengandungi 15 Bab, 183 Perkara dan 13 Jadual
- Menyentuh bidang kuasa perundangan, kehakiman dan eksekutif, aspek bahasa, agama, kewarganegaraan, hak istimewa dan sebagainya
- Menjamin kestabilan politik serta sistem pemerintahan negara yang cekap dan adil
- Mewujudkan suatu rangka politik, ekonomi dan sosial yang dapat memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara
- Melindungi kepentingan semua kumpulan etnik
- Maksud : Persetujuan atau pemuafakatan politik dan tolak ansur antara pemimpin kaum di Tanah Melayu dalam mewujudkan kandungan perlembagaan
- "Pakatan Murni"/Qiud Pro Quo (equal exchange) / Kontrak Sosial dibentuk dalam aspek menghormati hak dan kepentingan kaum dalam Perlembagaan Persekutuan.
- Hasil Pemuafakatan (konsep 4+1): asas kandungan perlembagaan. 4 unsur tradisi +1 hak-hak bukan bumiputra
- Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara
- Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
- Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan
- Kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera
+
- Masyarakat bukan Melayu mendapat keistimewaan sebagai warganegara. Layanan yang sama dengan masyarakat tempatan.
Perlembagaan Malayan Union (MU) 1946
- Ditentang orang Melayu kerana mencabar kuasa Sultan dan hak Melayu serta menjadi T. Melayu tanah jajahan mahkota
- MU terbatal
- Orang Melayu menubuhkan UMNO. Kemudian PTM 1948 ditubuhkan dengan kerjasama British
- British mengisytiharkan PTM pada 1 Feb 1948
- Kerjasama antara orang Melayu dan bukan Melayu semakin kuat.
- Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum/ JHAK, terdiri daripada pelbagai etnik: Menyelesaikan masalah perlembagaan, politik dan ekonomi yang wujud akibat permintaan yang berlainan daripada pelbagai etnik. Berjaya memupuk persefahaman
- Digubal oleh Suruhanjaya Reid.
- Lord Reid (Britain)
- Sir Ivor Jennings (Britain)
- Sir William McKell (Australia)
- B. Malik (India)
- Hakim Abdul Hamid (Pakistan)
- Suruhanjaya Reid membuat tinjauan cadangan daripada parti-parti politik, orang ramai, kesatuan sekerja, individu-individu dan Raja-Raja Melayu.
- Menerima 131 memorandum bertulis
- Memorandum Parti Perikatan - "Pakatan Murni" hasil rundingan dan tolak ansur UMNO, MCA dan MIC. Meliputi 2 perkara penting iaitu:
- Mengekalkan 4 unsur tradisi dalam perlembagaan (Bahasa Melayu, Agama Islam, Institusi Beraja dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera)
- Hak untuk menjadi warganegara bagi kaum bukan Melayu berasaskan prinsip jus soli
- Pakatan Murni juga dikenali "Kontrak Sosial": Kaum Melayu menerima kerakyatan bukan Melayu dan bukan Melayu bersetuju dengan hak istimewa Melayu dan Bumiputera
- Mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial
- PPTM 1957 telah diperbaharui apabila Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia pada 16 September 1963.
- PPTM 1957 dijadikan asas kepada penggubalan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
- Persetujuan yang telah disepakati antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
- Perkara Dua Puluh. 20 tuntutan Sabah dan Sarawak yang bersetuju untuk menyertai Malaysia( imigresen, bahasa, kewangan dan hak istimewa Bumiputera Sabah Sarawak)
- Merupakan "kontrak sosial" yang telah dipersetujui bersama semasa penggubalan perlembagaan.
- Meliputi bahasa, agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak serta pemerintahan beraja
- Dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang dalam perbincangan awam.
- Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka.
- Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan, mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.
- Agama Islam agama rasmi persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan
- Setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan setiap agama mempunyai hak untuk:
- Menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri.
- Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat.
- Memperolehi dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang.
- Kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak
- Tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain.
- Meliputi perkara-perkara seperti:
- Jawatan dalam perkhidmatan awam (PERKHIDMATAN AWAM)
- Pemberian biasiswa dan bantuan (PENDIDIKAN)
- Kemudahan pendidikan (PENDIDIKAN)
- Lesen untuk perniagaan dan perdagangan (EKONOMI)
- TAKRIF MELAYU dalam Perkara 160:
- Lazimnya bertutur dalam Bahasa Melayu.
- Menganut agama Islam.
- Mengamalkan adat istiadat Melayu.
- Telah lama diamalkan dalam masyarakat Melayu sejak zaman Melayu Melaka.
- Zaman British, Adat dan Agama Islam dikhususkan di bawah penjagaan Raja.
- Malayan Union mendapat tentangan Melayu kerana Raja kehilangan kuasa, dan diselamatkan oleh PTM 1948.
- Selepas mencapai kemerdekaan, institusi beraja terus dikekalkan di bawah konsep Raja Berperlembagaan.
- Konsep Raja Berperlembagaan: raja-raja bertindak mengikut lunas-lunas perlembagaan yang telah ditetapkan
Rasional Perkara 153
- Semasa penggubalan Perlembagaan, telah wujud semangat persefahaman, akomodatif, berkongsi kuasa dan sedia berkorban di kalangan orang Melayu dan bukan Melayu.
- Dikenali sebagai "Kontrak Sosial".
- Kaum Melayu melonggarkan syarat kerakyatan bagi bukan Melayu manakala kaum bukan Melayu menerima hakikat kedudukan istimewa hak orang Melayu.
- Bahasa kebangsaan penting sebagai wadah komunikasi atau bahasa pertuturan umum dan bahasa rasmi negara bagi menyatupadukan rakyat pelbagai kaum.
- Hasil pemuafakatan perlembagaan, bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan.
- Namun, penggunaan bahasa ibunda kaum lain tidak terjejas.
- Rasional pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah kerana bahasa Melayu menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad-abad lamanya.
- Zaman penjajah telah dijadikan bahasa rasmi. Pegawai Eropah perlu belajar dan lulus bahasa Melayu
- Islam dipilih sebagai agama rasmi kerana telah bertapak lebih 600 tahun lampau
- Banyak mempengaruhi cara hidup dan pemikiran orang Melayu sehingga sekarang berbanding dengan agama lain.
- Semasa penjajahan British, kedudukan agama Islam tidak diganggu dan diserahkan urusannya kepada Raja-Raja Melayu.
- Perlembagaan Malayan Union dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 turut mengecualikan perkara ini
- Islam sesuai dengan takrif “Melayu” seperti yang terdapat dalam Perkara 160.
Monday, August 16, 2010
BAB 5: PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
BAB 5 : PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
KONSEP MODENISASI
KERJASAMA POLITIK & HUBUNGAN ETNIK
Kerjasama Semasa British:
KONSEP MODENISASI
- Proses transformasi dan perubahan berencana
- Dua aspek modenisasi: 1. Pembangunan ekonomi 2. Pembangunan politik
- Matlamat: untuk membina negara-bangsa
- Kaedah top-down:
- Menghayati ideologi negara
- Menerapkan dasar-dasar awam
- Memupuk semangat nasionalisme
- Komponen-komponen demokrasi: (4P)
- Parti-parti politik
- Parlimen
- Perlembagaan
- Pilihanraya
- Cabaran membina sebuah negara bangsa: Masalah penggabungan kerana:
- Sejarah penjajahan
- Proses migrasi
- Berbeza etnik
- Berbeza wilayah
- Berbeza kerajaan
- Aspek demografi: Keunikan komposisi etnik
- Jumlah penduduk, 26.6 juta (2006)
- Semenanjung: Melayu 55%, Cina 25%, India 7%.
- Sarawak: Dayak : 44.3% (Iban, Bidayuh dan Orang Ulu (Kayan, Kenyah, Kelabit, Murut, Punan dan sebagainya)). Melayu : 23.2 %. Melanau : 5.7%. Cina : 26.5 %. India : 1.2 %
- Sabah : Kadazan Dusun : 24.8 %. Bajau : 18.5 %. Melayu : 18.5 %. Peribumi lain : 20.6 %
KERJASAMA POLITIK & HUBUNGAN ETNIK
Kerjasama Semasa British:
- Ciri-ciri strategi British ke arah menubuhkan negara bangsa di Tanah Melayu- Berperingkat-peringkat
- Peringkat awal: terhad. Pegawai Melayu berjawatan rendah
- Meluas selepas Malayan Union. Pemisahan dan pembahagian kuasa (kuasa Sultan dihadkan)
- Mengajar pentingnya kerjasama antara etnik untuk mencapai objektif politik
- Contoh kerjasama antara etnik – AMCJA-PUTERA – UMNO,MCA, dan MIC
- British kembali ke Tanah Melayu dan menubuhkan Malayan Union sebagai negara-bangsa bersifat kesaksamaan versi total. Menimbulkan kemarahan Melayu
- Melayu menubuhkan UMNO dan kemudiannya tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu 1948 hasil rundingan dan kerjasama/toleransi British. Kedudukan raja dikembalikan.
- Kerjasama ke arah perpaduan kaum - Gabungan UMNO,MCA, MIC mewujudkan Parti Perikatan
- Menang dalam Pilihanraya 1955
- Wakil ke London untuk mendapatkan kemerdekaan
- Kontrak sosial mewujudkan Perlembagaan PTM 1957
- Kerjasama antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak untuk menggabungkan ketiga-tiga wilayah
- Beberapa parti ditubuhkan di Sarawak (SUPP, PANAS, BARJASA, PESAKA, SNAP) dan Sabah (UNKO, USNO, SCA) untuk menuntut kemerdekaan
- Sejak merdeka 1957, proses politik berasaskan etnik dan penubuhan parti politik seterusnya terus menepati garis etnik.
Subscribe to:
Posts (Atom)


